Jam Tangan Swatch ‘Pride Collection’ Ada Perkataan ‘LGBTQ’ Di Permukaan Jarum – Saifuddin Nasution

Sebelum ini pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah bertindak melakukan serbuan di beberapa cawangan butik jam tangan jenama Swatch pada 13 dan juga 14 Mei yang lepas.

Di dalam serbuan tersebut, KDN telah merampas jam tangan dari koleksi ‘Pride Collection’ yang dipercayai berkaitan dengan komuniti LGBT.

Ekoran daripada rampasan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Swatch Group, Nick Hayek Jr kemudian menzahirkan rasa kecewanya kerana bimbang dengan serbuan berkenaan.

Dia juga turut menyatakan bahawa jam koleksi itu membawa mesej yang tidak mengundang bahaya kepada sesiapa pun.

Baca artikel berkaitan: Kecewa Jam ‘Pride Collection’ Dirampas, Swatch Akan Ambil Tindakan Undang-Undang

Jam tangan dirampas tertera tulis LGBTQ

Terbaharu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution memaklumkan bahawa jam tangan yang dirampas itu mempunyai tulisan ‘LGBTQ’ yang tertera di atas permukaan jarum jam koleksi berkenaan.

Jelasnya, model jam tangan yang sama bagaimanapun tidak dijual di negara seperti Emeriah Arab Bersatu (UAE).

“Ia tidak dijual di negara berkenaan kerana mereka (Swatch) tahu sensitiviti agama di sana.

“Jam tangan itu jelas tertera perkataan LGBTQ dan KDN bertindak atas aduan awam,” jelasnya, dipetik Berita Harian.

Foto : FMT

Foto: Via Berita Harian

Terdahulu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa jam tangan yang dirampas itu bukan kerana warna sebaliknya dikaitkan dengan isu komuniti LGBT.

Rampasan tersebut yang dilakukan KDN pada 13 dan 14 Mei turut melibatkan beberapa butik jam Swatch antaranya Pavillion Kuala Lumpur, 1 Utama, Sunway Pyramid, Setia City Mall, Mid Valley Megamall serta banyak lagi.

Semakan kami di laman Swatch Malaysia mendapati pautan koleksi ‘Pride’ tidak dapat dibuka seperti laman Swatch di negara lain.

Namun terdapat beberapa produk yang masih disiarkan di laman tersebut antaranya jam “Proudly Red” yang merupakan salah satu koleksi khas Pride 2023.

Baca artikel berkaitan:

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

11 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

12 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

13 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

14 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

15 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

16 hours ago