Kes Ebit Lew: Terdapat Sejarah Layari Laman Web Lucah Dalam Telefon Dianalisis Polis

Saksi ketujuh kes perbicaraan pendakwah Ebit Lew semalam (21 Jun) menyambung keterangan dengan memberitahu mahkamah terdapat sejarah melayari laman web lucah dalam telefon bimbit yang dianalisisnya.

Menurut Juruanalisis Kanan Audio Video Polis Diraja Malaysia (PDRM) Asisten Superintendan Latifah Abdul Aziz, laman sesawang itu dilayari melalui aplikasi Google dan hasil analisis itu telah dimasukkan dalam cakera video digital boleh rekod (DVD-R) untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat.

“Hasil analisis mendapati terkandung sejarah melayari laman sesawang disyaki berunsur lucah daripada aplikasi Google dan saya pohon pegawai penyiasat rujuk DVD-R yang saya masukkan hasil analisis tersebut.

“Daripada kesemua tangkap layar yang saya buat, ada beberapa laman sesawang disyaki berunsur lucah dan juga bukan berunsur lucah,” katanya sewaktu pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad di Mahkamah Majistret Tenom, semalam.

Laman sesawang itu sememangnya mempunyai unsur lucah

Menurutnya, bagi memastikan laman sesawang itu adalah mempunyai unsur pornografi, beliau telah membuka beberapa website dengan merujuk kepada hasil analisis dan mendapati ia sememangnya laman web berunsur lucah.

Jelas Latifah lagi, antara laman sesawang yang turut dilayari termasuk wikipedia berkaitan ‘gangguan seksual’, ‘Undang-undang gangguan seksual di Malaysia’, ‘gurau lucah berisiko disumbat penjara’ dan ‘Rang Undang-undang kesalahan-kesalahan seksual, hukuman seksual.’

Nor Azizah: Adakah metadata yang kamu nyatakan ini juga dapat dilihat di dalam tangkap layar yang ada di dalam hasil analisis ini ?

Latifah: Ya, untuk gambar pertama, ini adalah rumusan kesemua tangkap layar yang dibuat daripada kandungan sejarah melayari laman sesawang di dalam barang kes (telefon bimbit).

Perbicaran semalam tanpa kehadiran tertuduh kerana sedang menunaikan ibadah haji

Perbicaraan yang dijalankan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani semalam dijalankan tanpa kehadiran tertuduh yang mendapat kebenaran mahkamah.

Menurut peguam, Ram Singh yang mewakili Ebit anak guamnya sedang menunaikan ibadah haji di Mekah.

Satu lagi telefon yang dianalisis mengandungi 21 tangkap layar perbualan di WhatsApp

Dalam pada itu, Latifah turut memaklumkan satu lagi telefon bimbit yang dianalisisnya mengandungi 21 tangkap layar perbualan daripada aplikasi WhatsApp bermula pada 4 Mac 2021.

Beliau berkata perbualan tangkap layar yang diperoleh daripada telefon bimbit dalam kes tersebut telah disimpan dalam cakera padat (CD).

“Gambar satu (tangkap layar) menunjukkan paparan berkaitan nombor telefon milik penghantar mesej. Dalam paparan itu menunjukkan tarikh bermulanya perbualan mesej pada 4 Mac 2021 yang berikutnya (dalam bentuk tangkap layar) adalah isi perbualan,” katanya lagi.

Ujar Latifah, daripada beberapa gambar itu menunjukkan panggilan suara yang tidak dijawab daripada penghantar yang dibuat pada jam 6.10 petang namun tarikh tidak dinyatakan.

Terdapat juga panggilan suara yang tidak dijawab daripada penghantar pada 15 Mac dan 16 Mac 2021.

Selain itu, terdapat juga panggilan suara yang tidak dijawab daripada penghantar pada 15 Mac dan 16 Mac 2021, kata Latifah.

Beliau berkata pada tarikh 17 Mac 2021, satu lagi tangkap layar menunjukkan cubaan semula yang cuba dihantar daripada telefon bimbit penerima kepada pengirim tetapi mesej berkenaan tidak disampaikan.

Ebit Lew berdepan 11 pertuduhan gangguan seksual

Terdahulu, media melaporkan Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew, 37, berdepan 11 pertuduhan gangguan seksual membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp pada Mac dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

6 hours ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

6 hours ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

6 hours ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

7 hours ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

7 hours ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

8 hours ago