Tular Dakwaan Menteri Buat Kecoh Di KLIA, Cuba Bebaskan Pelawat China Ditahan Imigresen

Sejak pagi tadi tular di media sosial mengenai dakwaan seorang menteri yang dikatakan membuat kecoh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi membebaskan pelawat yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Difahamkan menteri terbabit berbuat demikian dengan menceroboh masuk ke dewan ketibaan antarabangsa di KLIA pada Khamis (29 Jun) bagi ‘menyelamatkan’ seorang wanita warga China yang tidak dibenarkan memasuki negara ini sebaik tiba di lapangan terbang itu.

Bukan itu sahaja, dia juga didakwa masuk ke kawasan itu tanpa memohon pas keselamatan, lapor Berita Harian yang memetik Bebas News.

Guna kuasa sebagai menteri & marah pegawai imigresen

Sumber Bebas News turut memaklumkan, ahli politik terbabit pergi ke KLIA sebaik mendapat tahu mengenai insiden berkenaan.

Menerusi laporan sama, menteri itu dikatakan cuba menggunakan kuasanya sebagai menteri apabila tindakannya cuba dihalang.

Bahkan dia juga dikatakan telah memarahi pegawai bertugas di sana termasuklah pegawai imigresen dan Polis Bantuan KLIA.

“Bila dihalang, dia menggunakan kuasa menterinya dan marah Polis Bantuan KLIA dan pegawai imigresen kerana mahu menyelamatkan wanita warga China itu yang ditahan memasuki negara semasa tiba semalam (Rabu).”

Kata sumber dipetik dari Bebas News

Menurut BH, JIM akan mengeluarkan satu kenyataan berkaitan insiden itu dalam masa terdekat.

Belum terima laporan, kata Menteri Pengangkutan

Dalam pada itu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook menjelaskan pihaknya belum menerima sebarang laporan rasmi berhubung insiden kekecohan yang dicetuskan menteri itu.

Dia bagaimanapun percaya bahawa pihak berkuasa lapangan terbang akan membuat siasatan terperinci mengenai indisen yang berlaku.

“Saya belum dapat apa-apa laporan lanjut berkenaan insiden itu, saya rasa pihak berkuasa lapangan terbang akan membuat siasatan terperinci apa yang berlaku.

“Sudah tentu protokol keselamatan kena patuh, apapun kita serah kepada pihak berkuasa penerbangan untuk buat siasatan terperinci,” katanya dipetik dari Kosmo.

Terdahulu beberapa pengguna Twitter berkongsi pautan artikel Bebas News mengenai insiden tersebut di media sosial hingga menarik perhatian orang ramai.

Difahamkan ini merupakan kali ketiga menteri itu berbuat perkara sama membabitkan pelawat yang ditahan daripada memasuki Malaysia.

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

19 hours ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

19 hours ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

19 hours ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

20 hours ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

20 hours ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

21 hours ago