fbpx

6 Anggota Polis Dicekup Di Pusat Karaoke, Seorang Positif Dadah

Selain positif ganja, pemeriksaan awal turut mendapati salah seorang anggota dikesan mengambil minuman keras.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah bertindak menahan seramai enam anggota polis yang sedang berkaraoke di sebuah premis terletak di Setiawan, Petaling Jaya pada 8 Julai lepas.

Kesemua anggota yang dicekup jam 11.30 malam itu dilaporkan berkhidmat di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Perak.

Semasa ditahan seorang wanita warga Indonesia turut ada bersama mereka.

Seorang anggota positif alkohol dan satu paket disyaki dadah ditemui

Menurut Kosmo yang memetik sumber difahamkan hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan terhadap kesemua anggota mendapati salah seorang darinya yang beragama Islam dikesan mengambil minuman keras.

Dalam pemeriksaan itu juga satu paket serbuk putih yang disyaki dadah jenis ketamine turut ditemui.

Menurut laporan sama saringan awal air kencing yang dilakukan kepada keenam-enam anggota polis terbabit menunjukkan salah seorangnya positif ganja.

JIPS sahkan penahanan enam anggota polis berkenaan

Penahanan keenam-enam anggota polis itu turut disahkan oleh Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad semasa dihubungi.

“Operasi dijalankan bersama Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) bagi mengesan pelanggaran dan salah laku yang dilakukan warga PDRM.

“Siasatan lanjut akan dijalankan JIPS Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan siasatan dari sudut tatatertib juga akan dijalankan,” ujarnya.

Jelasnya, terdapat keadaan yang membolehkan anggota polis untuk berada di lokasi tersebut sekiranya ia dari arahan pihak dalaman.

Walau bagaimanapun, siasatan akan dilakukan ekoran terdapat anggota yang positif dalam ujian saringan air kencing.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.