fbpx

Juruteknik Telekomunikasi Di Kulim Maut Disengat Tebuan Ketika Baikpulih Pencawang [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, mangsa yang disengat tebuan disahkan meninggal dunia pada jam 12.10 malam ketika menerima rawatan di Hospital Kulim.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang juruteknik meninggal dunia selepas dipercayai disengat tebuan ketika melakukan kerja baik pulih kerosakan di sebuah pencawang telekomunikasi di Kedah.

Difahamkan, kejadian pada Rabu lalu (26 Julai) itu berlaku di sebuah pencawang telekomunikasi di Felda Gunung Bongsu, Karangan, Kulim.

Mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kulim

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, Mangsa yang dikenali sebagai Hafizuddin Husim berumur 30 tahun disahkan meninggal dunia pada jam 12.10 tengah malam ketika menerima rawatan di Hospital Kulim.

Menurut Mohd Redzuan, polis menerima laporan mengenai kejadian itu yang dibuat oleh rakan mangsa pada jam 3.30 pagi semalam (27 Julai).

“Rakan mangsa memaklumkan, ketika kejadian (petang Rabu), mangsa sedang melakukan kerja baik pulih kerosakan di atas pencawang sebelum tiba-tiba diserang kawanan tebuan.

“Mangsa yang dalam keadaan lemah sempat turun dari pencawang dan terus dibawa ke sebuah klinik kesihatan untuk menerima rawatan.

“Doktor yang merawat mangsa kemudian meminta mangsa dihantar ke Hospital Kulim kerana keadaan mangsa agak tenat,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mangsa meninggal dunia disebabkan kejutan anafilaksis

Menurutnya lagi, bedah siasat ke atas mangsa mendapati dia maut disebabkan kejutan anafilaksis yang teruk akibat sengatan tebuan.

Berkongsi lanjut, Mohd Redzuan berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa diserahkan kepada keluarga sebelum dikebumikan di Derga, Alor Setar.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman seorang lelaki yang berada di atas pencawang telekomunikasi setinggi 30 meter terbaring lemah ketika diserang sekawan tebuan yang membuat sarang di kawasan tersebut.

@mynewshub

Juruteknik pencawang telekomunikasi maut disengat tebuan KULIM – Seorang juruteknik maut selepas disengat tebuan ketika melakukan tugas di sebuah pencawang telekomunikasi setinggi 30 meter di Felda Gunung Bonsu, Karangan, di sini semalam. Dalam kejadian pukul 1.30 petang, semalam, lelaki berusia 30 tahun itu meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Kulim kira-kira pukul 12.10 tengah malam semalam. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd. Redzuan Salleh berkata, kira-kira pukul 1.30 petang semalam polis menerima laporan dari seorang lelaki yang memaklumkan rakan setuganya disengat tebuan. Katanya mangsa yang berkerja sebagai juruteknik telah di sengat tebuan semasa membuat kerja baik pulih kerosakan pencawang komunikasi di Felda Gunung Bongsu “Pada awalnya mangsa telah di bawa ke Klinik Kesihatan Karangan untuk rawatan awal. Bagaimanapun mangsa didapati mengalami keadaan kesihatan yang lemah dan dibawa ke Hospital Kulim mengunakan ambulans untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Menurut Mohd. Redzuan, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 12.10 tengah malam semalam dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan sengatan lebah. “Tiada unsur jenayah dan kes disiasat sebagai kematian mengejut,jenazah mangsa telah diserahkan kepada waris dan akan dikembumikan di Alor Setar,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE Oleh AZAHAR HASHIM 27 Julai 2023, 5:30 pm #mynewshubtv #Mynewshub

♬ original sound – mynewshub – mynewshub
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.