JAIS Jalankan Siasatan Terhadap Laporan Fahmi Fadzil Berucap Dalam Masjid

Sebelum ini, kami ada melaporkan berhubung hantaran yang tular di Facebook mendakwa Menteri Komunikasi dan Digital iaitu Fahmi Fadzil melakukan ceramah berkaitan kempen untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) di Masjid Nuril Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang.

Menerusi hantaran berkenaan, individu tersebut turut berkongsi gambar memaparkan menteri tersebut sedang memegang mikrofon di hadapan jemaah lain.

Walau bagaimanapun, Fahmi telah tampil menjelaskan bahawa kehadirannya di masjid berkenaan adalah untuk menunaikan solat Zohor selain dijemput oleh pihak kariah untuk mengulas berhubung isu The 1975.

Malah beliau turut berterima kasih kepada Syafiq Naqman yang menjadi saksi kejadian apabila memuat naik video penerangan ketika berucap untuk menyangkal fitnah berkenaan.

Baca artikel berkaitan: “Saya Solat Zohor & Ulas Isu The 1975” – Fahmi Fadzil Sangkal Dakwaan Berkempen Dalam Masjid

JAIS sahkan terima aduan berhubung Fahmi Fadzil

Susulan daripada kejadian itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan pihaknya telah menerima aduan berhubung perkara itu dan memaklumkan siasatan lanjut akan dibuat.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad memberitahu siasatan dilakukan di bawah Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 kerana disyaki menghina pihak berkuasa agama.

“JAIS telah menjalankan siasatan dengan memanggil nazir masjid itu bagi mendapatkan keterangan dan tindakan selanjutnya akan dibuat setelah siasatan selesai dilakukan,” ujarnya, dipetik Sinar Harian.

Nasihat agar calon dan parti terlibat untuk berhati-hati dan jangan lakukan perkara melanggar titah Sultan Selangor

JAIS dalam masa sama turut menegaskan bahawa kesemua yang tercalon mahupun parti yang terlibat perlu berhati-hati apabila berada di kawasan masjid mahupun surau.

Perkara ini adalah untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang hal yang melanggar titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah serta peraturan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Selain itu tindakan tegas turut akan diambil sekiranya terdapat pihak yang melanggar titah Sultan Selangor serta MAIS.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Suami Pengasuh Ditahan, Dipercayai Umpan Budak 11 Tahun Dengan Video Lucah Sebelum Liwat

Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…

42 mins ago
  • News
  • Trending

Isu Penularan Berita Palsu, Chatbot WhatsApp Bakal Diperkenal – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.

54 mins ago
  • Dunia
  • Trending

Pelanggan Meninggal Dunia Selepas Makan Shawarma, Polis Tahan 2 Peniaga

Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…

2 hours ago
  • Trending

Atuk Beli Kuih Untuk Cucu Tapi Tak ‘Offer’ Dekat Anak Sendiri Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…

2 hours ago
  • Trending

“Pelapis Negara” – Kelincahan Budak 6 Tahun Bermain Badminton Curi Tumpuan Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…

3 hours ago
  • Info
  • Trending

Tak Perlu Cuit Bahu! Ini Cara Untuk Beritahu Orang Lain Untuk Dijadikan Imam [Video]

Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…

3 hours ago