PRN: 100,000 Peluang Pekerjaan Bergaji Tinggi Antara Tawaran PH-BN Kepada Rakyat Selangor

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum enam negeri iaitu di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Susulan itu, sejak Sabtu lalu (29 Julai) kesemua parti-parti politik yang akan bertanding telah menghantar kertas penamaan calon kepada Pegawai Pengurus Suruhanja Pilihan Raya (SPR) di cawangan masing-masing dan sekaligus mula berkempen.

Rakyat di enam negeri ini pasti sedang memikirkan calon mana yang harus mereka undi. Antara perkara yang menjadi keutamaan dan dinilai sudah pasti manifesto-manifesto yang diberikan oleh sesebuah parti atau calon untuk rakyatnya.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Kena Undi Dulu Baru Bagitahu” – Baddrol Bakhtiar Enggan Umum Manifesto PRN Di DUN Gurun [Video]

PH dan BN umum 52 tawaran rangkumi lima kerangka utama untuk rakyat Selangor

Susulan itu, Pasukan Perpaduan Selangor gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) telah mengumumkan sebanyak 52 tawaran merangkumi lima kerangka utama yang ditawarkan kepada rakyatnya pada malam tadi (31 Julai).

Ini termasuk tawaran 100,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi, elaun RM1,500 kepada 2,000 orang pelajar latihan industri dalam anak syarikat kerajaan negeri, peningkatan elaun kepada imam dan bilal antara RM700 hingga RM1,600.

Turut ditawarkan adalah insentif Wanita Kita Selangor dengan jumlah RM1,000 setahun kepada wanita bekerja bagi mengurangkan kos pengasuhan kanak-kanak.

Pelancaran tawaran adalah kesinambungan kestabilan dan kemakmuran rakyat Selangor

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, pelancaran tawaran tersebut adalah kesinambungan kepada kestabilan, kemakmuran dan kehidupan rakyat di negeri itu.

“Kita turut mendapatkan pandangan daripada pentadbiran kerajaan negeri khususnya aspek kewangan dan kebolehlaksanaan.

“Contohnya 200,000 rumah untuk dibina yang dirasakan tawaran sangat munasabah. (Sebelum ini) dengan lima tahun sahaja, kita telah meluluskan lebih 171,000 rumah dengan keadaan pandemik (Covid-19),” katanya yang dipetik Kosmo.

Prestasi rekod kerajaan Selangor dapat menyakinkan pengundi

Menurutnya lagi, Pasukan Perpaduan Selangor percaya dengan prestasi rekod kerajaan negeri lima tahun sebelum ini dapat menyakinkan pengundi untuk memilih semua calon gabungan PH dan BN pada 12 Ogos depan.

Jelas Amirudin yang juga Pengerusi PH Selangor itu, sebahagian daripada tawaran itu telah dilaksanakan seperti perbandaran baru melibatkan Sepang, Sabak Bernam dan Kuala Selangor yang dinaungi tiga program wilayah pembangunan negeri.

“Ia (tawaran) adalah hasil daripada pengalaman kita dan program jelajah yang telah kita laksanakan sebelum ini.

“Anggaran bagi keseluruhan tawaran itu masih dalam perkiraan dan sudah pasti kita yakin mampu mencapai dalam tempoh lima tahun dalam menyerap tekanan serta cabaran kita ada dengan rizab, aset-aset menerusi anak syarikat kita,” katanya lagi.

Terdahulu, Pasukan Perpaduan Selangor telah melancarkan Tawaran Kita Selangor: 5 Tekad untuk 5 Tahun dan sesi pengenalan calon-calon perpaduan di negeri itu pada Isnin (31 Julai).

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

2 days ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

2 days ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

2 days ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

3 days ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

3 days ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

3 days ago