fbpx
Now Reading
“Kena Undi Dulu Baru Bagitahu” – Baddrol Bakhtiar Enggan Umum Manifesto PRN Di DUN Gurun [Video]

“Kena Undi Dulu Baru Bagitahu” – Baddrol Bakhtiar Enggan Umum Manifesto PRN Di DUN Gurun [Video]

Menurut bekas pemain Harimau Malaya itu, dia akan memberikan yang terbaik buat pengundinya, sama seperti apa yang telah diberikan olehnya di dalam arena bola sepak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini telah diadakan pada Jumaat lalu (29 Julai).

Susulan itu, kesemua parti politik yang akan bertanding pada PRN di enam negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan telah mengemukakan kertas penamaan kepada Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di cawangan masing-masing.

Tular di media sosial temu bual Baddrol dan wartawan

Bagaimanapun baru-baru ini, tular pula video satu sesi temu bual seorang wartawan bersama Baddrol Bakhtiar ketika hari penamaan calon PRN Kedah di Dewan Lestari, Guar Chempedak, Yan.

Baddrol yang mewakili Perikatan Nasional (PN) di DUN Gurun enggan mendedahkan manifestonya bagi kawasan tersebut.

Baddrol akan berikan yang terbaik sama seperti bermain bola sepak

Menurut bekas pemain Harimau Malaya itu, dia akan memberikan yang terbaik buat pengundinya, sama seperti apa yang telah diberikan olehnya di dalam arena bola sepak.

“Seperti mana saya main bola (untuk peminat pasukan Kedah), begitulah yang saya akan buat dalam PRN ini,” katanya dipetik Malaysiakini.

Menerusi perkongsian video di laman Twitter akaun @MujahidNagmudin, Baddrol memberi tahu dia sememangnya mempunyai manifesto sendiri dan perkara tersebut akan terjadi sekiranya kemenangan berpihak kepadanya.

Baddrol enggan umum manifesto, kena undi dulu baru bagitahu

Apa yang menarik perhatian ramai, ketika wartawan memintannya berkongsi manifesto tersebut, Baddrol memilih untuk enggan mengumumkan dan meminta masyarakat di Gurun mengundinya terlebih dahulu.

“Kena undi dulu baru bagitahu, Haa surprise! Memang Kedah ini akan berlaku kejutan lah,” kata Baddrol.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO sifatkan Baddrol tiada hala tuju

Susulan daripada penularan video tersebut, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan menyifatkan bekas kapten Sabah FC itu sebagai tidak mempunyai hala tuju untuk pengundi DUN tersebut.

Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, Zahida mendakwa PN ketandusan calon dan hanya menggunakan populariti Baddrol dalam dunia bola sepak tanah air untuk memenangi PRN Kedah.

“PN sanggup lakukan apa sahaja demi kuasa dan mereka tidak kisah imej Baddrol akan rosak. Walhal tak akan tiada calon yang selama ini sudah lama buat kerja,” tulisnya di kapsyen.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.