fbpx
Now Reading
PRN2023: PH-BN Bentuk Kerajaan Negeri Selangor

PRN2023: PH-BN Bentuk Kerajaan Negeri Selangor

Secara keseluruhan, daripada 56 kerusi yang dipertandingkan di Selangor, PH memenangi 32 kerusi, BN (2) dan PN (22).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui hari ini (12 Ogos) merupakan Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 di enam negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. 

Sehingga petang tadi, proses undian di semua negeri dilihat berjalan lancar meskipun timbul beberapa isu. Pada ketika ini, sedang giat dijalankan proses kiraan undi bagi keenam-enam negeri tersebut.

Gabungan PH-BN menang majoriti mudah

Keputusan penuh bagi PRN di Selangor menunjukkan gabungan di antara parti Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan di negeri berkenaan meskipun mendapat persaingan sengit dari parti Perikatan Nasional (PN).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang mewakili PH berjaya menumpaskan pesaingnya Muhammad Hanif Jamaluddin yang mewakili PN di DUN Sungai Tua, Selangor.

Selain itu, bekas penyanyi rap terkenal iaitu Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad yang mewakili PH juga berjaya memenangi undian dengan jumlah majoriti 6,678 menumpaskan pesainganya Sharifah Haslizah Syed Ariffin dari PN di DUN Lembah Jaya.

Beberapa kerusi penting lain yang dipertandingkan di DUN Selangor juga berjaya dimenangi oleh calon-calon daripada PH dan BN meskipun kebanyakan kawasan di Utara Selangor memihak kepada PN.

Pun begitu, BN hanya berjaya memenangi dua kerusi yang dipertandingkan. Ini sekaligus menjadikan Kerajaan PH-BN gagal mendapati majoriti 2/3.

Daripada 56 kerusi bertanding di Selangor, PH-BN menang 33 kerusi

Secara keseluruhan, daripada 56 kerusi yang dipertandingkan di Selangor, PH memenangi 32 kerusi, BN (2) dan PN (22).

Ini menjadikan gabungan PH-BN berjaya meraih jumlah kemenangan melebihi 50% dengan mudah sekaligus membentuk Kerajaan di Negeri Selangor.

GabunganJumlah Kerusi
Pakatan Harapan (PH)32
Perikatan Nasional (PN)22
Barisan Nasional (BN)2
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.