
PRN: PH-BN Menang Majoriti Di Pulau Pinang, Kekal Tadbir Kerajaan Negeri
PH-BN menang majoriti mudah dengan 21 daripada 40 kerusi yang dipertandingkan di Pulau Pinang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui hari ini (12 Ogos) merupakan Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 di enam negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
Sehingga petang tadi, proses undian di semua negeri dilihat berjalan lancar meskipun timbul beberapa isu. Pada ketika ini, sedang giat dijalankan proses kiraan undi bagi keenam-enam negeri tersebut.
PH-BN Menang Majoriti Mudah di Pulau Pinang, Kekal Tadbir Kerajaan Negeri
Terbaharu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan keputusan rasmi PRN 2023 bagi negeri Pulau Pinang.
Menerusi keputusan yang diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menang majoriti mudah dengan 21 daripada 40 kerusi yang dipertandingkan.
Keputusan ini menjadikan PH kekal memerintah Pulau Pinang dan akan turut disertai oleh BN yang merupakan rakan gabungan dalam Kerajaan Persekutuan.
Jumlah Kerusi di Pulau Pinang
Gabungan | Jumlah Kerusi |
Pakatan Harapan (PH) | 19 |
Perikatan Nasional (PN) | 9 |
Barisan Nasional (BN) | 2 |
Tepati Ramalan, Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Antara Yang Memenangi Kerusi Panas
Terdahulu, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menepati ramalan apabila menang dengan jumlah undian sebanyak 8,261 (87.83%) bagi N26 Padang Kota.
Beliau yang merupakan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Pulau Pinang menang dengan majoriti 7,116 undi menewaskan pencabarnya H’ng Khoon Leng daripada Perikatan Nasional (PN).