fbpx
Now Reading
“Saya Solat Zohor & Ulas Isu The 1975” – Fahmi Fadzil Sangkal Dakwaan Berkempen Dalam Masjid

“Saya Solat Zohor & Ulas Isu The 1975” – Fahmi Fadzil Sangkal Dakwaan Berkempen Dalam Masjid

Menurut Fahmi Fadzil, seorang saksi memuat naik video ketika kejadian di ruangan komen, namun telah dipadam oleh admin laman Facebook tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial satu hantaran di laman Facebook yang mendakwa Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil telah menyampaikan ceramah kempen bagi Pilihan Raya Negeri.

Di dalam hantaran tersebut, turut terdapat beberapa gambar Ahli Parlimen Lembah Pantai itu sedang berdiri sambil memegang mikrofon di dalam ruangan solat masjid tersebut.

Fahmi Fadzil sangkal dakwaan beri ceramah kempen PRN dalam masjid

Enggan berdiam diri, Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan bahawa beliau telah berkempen di sebuah masjid di Kuang semalam (30 Julai).

Menerusi ciapan di laman Twitter rasminya, Fahmi berkata dia sebaliknya hanya singgah untuk menunaikan solat Zohor sebelum dijemput oleh kariah masjid tersebut untuk mengulas isu berkaitan kumpulan The 1975.

“Saya singgah untuk solat Zohor sahaja di masjid itu, sebab ianya masjid paling dekat dengan lokasi program seterusnya.

“Alang-alang di situ, saya dijemput oleh kariah masjid untuk ulas sedikit isu kumpulan The 1975. Tiada langsung sentuh isu lain,” jelasnya.

Saksi muat naik video kejadian, namun telah dipadam admin laman Facebook

Menurutnya, seorang saksi telah memuat naik video ketika kejadian di ruangan komen hantaran bagi mengesahkan perkara tersebut adalah fitnah yang sengaja dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Saya ucap terima kasih pada Syafiq Naqman (saksi kejadian) yang muat naik video penerangan yang diberikan oleh saya untuk membidas fitnah tersebut.”

Bagaimanapun, admin laman Facebook tersebut dikatakan telah memadam video berkenaan dengan niat untuk terus memberi persepsi jahat dan fitnah kepadanya.

“Semoga Allah SWT sentiasa melindungi kita dari fitnah dan para pemfitnah ini,” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.