‘Dihalau’ Dari Ceramah Anjuran PAS, Presiden GERAKAN Tak Kecil Hati [Video]

Sebelum ini, tular satu video di kongsikan oleh ahli politik, Datuk Lokman Noor Adam di Twitter memaparkan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai tidak dibenarkan masuk ketika berada di satu ceramah Perikatan Nasional (PN) di Sungai Dua, Pulau Pinang.

Menerusi video berkenaan, ketibaan Dominic yang juga Timbalan Presiden PN disambut baik oleh Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad.

Namun ketika Idris hendak mengiringi Lau naik ke pentas, Setiausaha PAS Pulau Pinang iaitu Iszuree Ibrahim dengan nada tegas meminta calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas itu untuk tunggu di situ, lapor Malaysiakini.

Malah ada yang cuba membantah perkara itu, tetapi Iszuree berkata “tak boleh, kamu pergi”.

Tak diundang ke ceramah berlangsung di Pulau Pinang

Susulan daripada perkara itu Lau kemudian memaklumkan dia tidak kisah tidak dipelawa ke ceramah yang berlangsung pada 1 Ogos lalu.

Malah beliau menganggap ia dianjurkan PAS, maka secara tidak langsung parti yang bersama dengan PN antaranya GERAKAN mempunyai hak menentukan mana-mana pihak yang hendak mengundang mahupun menyampaikan ceramah.

“Tak apa GERAKAN tak dijemput pun, dia (PAS) undang (pemimpin) BERSATU negeri sebab ini bukan ceramah PN Pulau Pinang. Tambahan, saya bukan hadir untuk ceramah, sebaliknya hanya mahu bertemu Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Setiap presiden parti ada kesepakatan untuk bertemu dan berbincang mengenai strategi masing-masing. Perkara ini diputuskan sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) lagi,” jelasnya, lapor Berita Harian.

Tinggalkan majlis, Lau mengaku terkilan

Difahamkan beliau kemudian meninggalkan majlis tersebut dan Timbalan GERAKAN, Oh Tong Keong mengesahkan Lau tidak diundang ke ceramah terbabit.

Dalam pada itu, Lau turut mengakui tidak terkilan meskipun terdapat jentera parti PAS yang tidak memberi bantuan dalam kempennya di DUN yang ditandingi. Malah menegaskan setiap parti komponen dalam PN boleh menjalankan peranan tersendiri.

Menurutnya, jentera pilihan raya BERSATU boleh membantu untuk mendekati pengundi di DUN Bayan Lepas selain menerima sokongan dari persatuan berkaitan.

“Saya terbuka kepada mana-mana pihak yang mahu menawarkan bantuan, cadangan dan pandangan sepanjang tempoh saya berkempen di DUN Bayan Lepas ini.”

Ramai luah tak dapat jumpa Dominic

Ujarnya lagi, sepanjang tempoh berkempen ini antara luahan yang didengari termasuk daripada ahli GERAKAN di DUN berkenaan adalah mereka belum berkesempatan untuk bersemuka dengan Lau sejak beliau menjawat jawatan presiden itu pada lima tahun lalu.

Terdahulu memetik laporan Utusan, nama Iszuree Ibrahim sebelum ini antara yang dicalonkan untuk bertanding di DUN Bayan Lepas mewakili PN.

Namun keputusan rasmi PN meletakkan Lau sebagai calon di kawasan tersebut.

Recent Posts

  • Trending

“Pelapis Negara” – Kelincahan Budak 6 Tahun Bermain Badminton Curi Tumpuan Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…

7 mins ago
  • Info
  • Trending

Tak Perlu Cuit Bahu! Ini Cara Untuk Beritahu Orang Lain Untuk Dijadikan Imam [Video]

Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…

14 mins ago
  • Info
  • Trending

Perkara Yang Nabi Tak Buat Atau Tinggalkan, Boleh Ke Kita Lakukan? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut UAI, sekiranya perkara itu haram, Nabi Muhammad SAW akan menjelaskannya untuk dijadikan panduan buat…

2 hours ago
  • Trending

“Bestnya!” – Ramai Teruja Lihat Rumah Terbuka Ada Menu ZUS Coffee [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah menu ZUS Coffee yang dihidangkan secara percuma khusus buat tetamu…

2 hours ago
  • Trending

“Rezeki Teragung”- 16 Tahun Menanti, Pasangan Akhirnya Dikurniakan Zuriat [Video]

Menurut Haznie setelah menanti untuk satu tempoh yang lama akhirnya pada ulang tahun perkahwinan ke-16…

3 hours ago
  • Trending

Tular 4 Individu Selamba Tunggang Motosikal Tanpa Helmet Siap Langgar Lampu Merah [Video]

Rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan lelaki terbabit kerana menunggang secara berbahaya dengan membawa kanak-kanak…

5 hours ago