fbpx
Now Reading
Rayu Minta Makanan Dari Rumah Berkunci Dedah Kanak-Kanak 4 Tahun Jadi Mangsa Dera Ibu & Kekasih

Rayu Minta Makanan Dari Rumah Berkunci Dedah Kanak-Kanak 4 Tahun Jadi Mangsa Dera Ibu & Kekasih

Menurut PDRM, teman lelaki ibu mangsa positif dadah jenis methamphetamine dan kedua-dua suspek direman selama lima hari.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mungkin terlalu lapar, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun telah bertindak merayu untuk diberikan makanan daripada orang ramai yang lalu-lalang di hadapan rumahnya yang berkunci di sebuah pangsapuri di Menglembu, Perak.

Malah si kecil itu turut disyaki menjadi mangsa dera oleh ibu serta teman lelakinya.

Ditemui orang awam dalam keadaan kelaparan selain terdapat kesan cedera di seluruh badan

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan memaklumkan mangsa awalnya ditemui oleh orang awam sekitar jam 4.30 petang dalam keadaan lapar selain turut mempunyai kesan kecederaan di seluruh bahagian badan.

Ekoran kejadian itu, pihak polis kemudian telah bertindak menahan ibu mangsa dan teman lelaki yang berusia 23 dan 26 tahun di pangsapuri Taman Menglembu Impiana Adril, Ipoh, Perak pada jam 7.00 petang, 2 Ogos lalu.

“Ketika ditemui, mangsa ditinggalkan bersendirian di dalam rumah dengan pintu jeriji besi berkunci. Ibu dan teman lelaki wanita itu tiada di rumah kerana keluar bekerja.

“Mangsa yang kelaparan telah meminta makanan daripada orang awam yang lalu di hadapan rumah. Penjaga mangsa hanya meninggalkan kanak-kanak itu dengan roti dan milo,” ujarnya, dipetik Kosmo.

Polis rampas getah paip dan rotan dipercayai alat digunakan untuk pukul mangsa

Kata Yahaya Hassan lagi, selain penangkapan dua individu itu, polis turut merampas barangan seperti paip getah dan rotan yang dipercayai digunakan untuk memukul mangsa.

Kanak-kanak lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB),Ipoh, Perak untuk rawatan dan pemerhatian selanjutnya.

“Teman lelaki ibu mangsa didapati positif dadah jenis methamphetamine. Kedua-dua suspek direman selama lima hari bermula hari ini sehingga Isnin depan untuk siasatan mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.