PRN: PH-BN Tawar Peluang Kerja Jika Menang Di Kelantan

Tinggal beberapa hari sahaja lagi, rakyat di enam negeri akan mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Oleh itu, pasti kebanyakan parti gabungan seperti Pakatan Harapan – Barisan Nasional (PH-BN) dan Perikatan Nasional (PN) sedang bertungkus-lumus menjalankan kempen untuk membentangkan manifesto mereka agar ia jelas di mata rakyat.

Perkara itu dilakukan bertujuan agar ia jelas kepada rakyat apakah yang akan dilakukan oleh sesebuah parti itu jika mereka menang di negeri terbabit.

Sediakan peluang pekerjaan untuk anak-anak Kelantan

Terbaharu PH-BN di Kelantan turut tidak ketinggalan apabila ingin menawarkan peluang pekerjaan kepada anak tempatan jika mereka diberikan kepercayaan untuk mentadbir di negeri Che Siti Wan Kembang itu.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan beliau bakal memastikan anak kelahiran negeri itu yang bekerja di luar dapat pulang ke Kelantan kerana banyak peluang serta pembangunan yang akan disediakan di negeri terbabit.

Oleh itu, untuk menyediakan peluang dan pembangunan, rakyat di Kelantan hendaklah membuat perubahan dengan memberikan mandat kepada parti gabungan itu.

“Kalau kerajaan bertukar, akan lebih banyak lagi peruntukan akan disalurkan untuk Kelantan begitu juga dengan pelaburan asing.

“Kita mahu pelabur asing datang ke negeri ini, supaya anak-anak Kelantan yang berada di luar negeri dapat balik bekerja di sini,” ujarnya lapor Kosmo.

Akan bentuk kerajaan negeri Kelantan jika menang sebanyak 23 kerusi

Jelasnya lagi, gabungan PH-BN juga bakal mewujudkan kerajaan yang baharu di negeri terbabit jika menang sebanyak 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

Jumlah kerusi yang dimiliki DUN Kelantan adalah 45 kerusi.

“Jika anak-anak rantau melakukan perubahan kali ini dengan memberi undi kepada calon-calon PH dan BN, kita dapat membentuk Kerajaan Madani di Kelantan.

“Kalau kita dapat 23 daripada 45 kerusi DUN, insya-Allah 13 Ogos ini kita akan dapat membentuk kerajaan di Kelantan.”

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

2 days ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

2 days ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

2 days ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

2 days ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

2 days ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

2 days ago