Jadi Liabiliti PH-BN, Ahmad Zahid Perlu Letak Jawatan Secara Terhormat – Penganalisis Politik

Umum mengetahui, Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos lalu menyaksikan parti Barisan Nasional (BN) menanggung banyak kekalahan daripada kerusi dipertandingkan mereka.

Susulan kekalahan itu, ada yang meminta parti berkenaan untuk khususnya pucuk pimpinan iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk bermuhasabah.

Zahid perlu berjiwa besar untuk lepas jawatan presiden UMNO

Terbaharu, penganalisis politik Kartini Aboo daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, Ahmad Zahid perlu berjiwa besar untuk melepaskan jawatan presiden UMNO secara terhormat untuk tidak lagi menjadi liabiliti kepada BN dan Pakatan Harapan (PH).

Kata Kartini, krisis dalaman UMNO susulan protes terhadap Ahmad Zahid menyebabkan wujud undi sabotaj akar umbi parti itu sehingga memangkah Perikatan Nasional (PN) pada PRN lalu.

Keadaan itu menyebabkan PH-BN hanya menang 34 daripada 56 DUN di Selangor, kurang empat untuk mencapai majoriti dua pertiga yang mana BN hanya memenangi dua kerusi.

Di Kedah dan Terengganu wakilnya kalah di semua kerusi manakala menang dua di Pulau Pinang dan satu di Kelantan.

BN catat kemenangan besar di Negeri Sembilan

Bagaimanapun, BN mencatat kemenangan yang besar di Negeri Sembilan apabila berjaya memenangi 14 kerusi.

“Percaturan PH-BN ditolak majoriti orang Melayu. UMNO kini ibarat sudah jatuh ditimpa tangga,” katanya dipetik FMT.

Jelasnya, oleh itu Ahmad Zahid perlu berjiwa besar dan sedia berkorban demi memulihkan UMNO dari dalam dengan berundur secara terhormat.

“UMNO perlu segera membuang toksin dalam parti, bersedia untuk melakukan reformasi dalaman dan memberi peluang kepada pemimpin baharu,” katanya.

Menurutnya lagi, Ahli Parlimen Sembrong iaitu Datuk Seri Hishamuddin Hussein mungkin mampu menggalas ‘beban berat’ itu.

UMNO tidak akan terkubur

Dalam pada itu, Kartini berpandangan UMNO tidak akan terkubur seperti mana yang diduga ramai orang kerana parti itu mempunyai lebih tiga juta ahli yang masih mahu UMNO bangkit demi bangsa dan agama.

“Sukar untuk mengatakan bahawa Umno akan terkubur. Realitinya ramai yang kecewa dengan kepimpinan Umno sekarang, namun ramai yang masih nostalgik dengan Umno dan mahu ia bangun semula, pulang ke pangkal jalan.”

Penganalisis politik, Kartini Aboo

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Ilhan Centre Hisommudin Bakar pula berkata sukar bagi UMNO bangkit sekiranya masih dipimpin Ahli Parlimen Bagan Datuk itu yang kesannya dapat dilihat apabila parti itu kalah di 89 daripada 108 kerusi di PRN enam negeri.

“Ini menunjukkan wujud krisis keyakinan yang besar terhadap gaya kepimpinan presiden UMNO itu,” katanya sambil dapatan badan penyelidik itu mendapati memang wujud perpindahan undi penyokong BN kepada PN atas faktor berkenaan.

Kuasa politik orang Melayu beralih dari BN-UMNO kepada PN

Hisommudin berkata keputusan PRN jelas menunjukkan kuasa politik Melayu kini sudah berpindah tangan daripada UMNO kepada PN.

“Itu hakikat yang perlu diterima oleh Umno sekarang. Umno dan parti kerajaan hanya memperoleh sekitar 25% sokongan pengundi Melayu. Itu pun mujur datang dari Negeri Sembilan dan Melayu bandar di Selangor,” katanya.

Berkongsi lanjut, Hisommudin berkata UMNO tiada pilihan lain kecuali berusaha kembali meraih sokongan Melayu dan jika gagal parti diasaskan pada 1946 akan menerima nasib sama seperti rakan komponen BN – MCA dan MIC yang ditolak pengikut kaum masing-masing.

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

2 days ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

2 days ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

2 days ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

2 days ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

2 days ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

2 days ago