Penjawat Awam Warga Asing Melacur Diri Kerana Mahu Tambah Wang Pendapatan

Pas lawatan diberikan kepada pelancong yang datang ke Malaysia merupakan salah satu inisiatif memberi kebenaran untuk mereka menikmati keindahan pemandangan di negara ini.

Namun ada yang menggunakan kemudahan tersebut untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

Lapan wanita warga asing kena tahan disyaki aktiviti persundalan

Terbaharu, seramai lapan wanita warga asing telah ditahan kerana disyaki melakukan aktiviti persundalan di Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong menjelaskan kelapan-lapan wanita itu ditahan selepas pihak polis dari cawangan D7 Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Timur Laut dan Bahagian D7 Jabatan Siasatan Jenayah IPK Pulau Pinang melakukan tujuh serbuan di premis hotel bajet, rumah tumpangan dan apartment yang disyaki melakukan aktiviti tersebut pada 18 Ogos lalu.

Wang tunai RM2,200 turut dirampas

Menurutnya, individu yang ditahan berusia sekitar 25 hingga 47 tahun selain merampas wang tunai berjumlah RM2,200.

“Hasil siasatan awal mendapati kesemua mereka yang ditangkap masuk ke Malaysia menggunakan pas lawatan sosial. Kesemua mereka mencari pelanggan menggunakan aplikasi WeChat dan mengenakan bayar perkhidmatan seks sebanyak RM150 hingga RM250.

“Lanjutan dari operasi tersebut, pada 20 Ogos terkesan dalam laporan media yang menyatakan salah seorang tangkapan merupakan isteri kepada seorang penjawat awam di negara jiran,” katanya.

Salah seorang individu ditahan merupakan penjawat awam di negara jiran

Foto: PDRM

Salah seorang suspek yang ditahan turut mengaku bahawa dia bekerja sebagai penjawat awam di sebuah negara jiran dan datang ke negara ini untuk melakukan aktiviti pelacuran bagi mendapatkan wang lebih.

“Pihak PDRM sedang dalam proses mendapatkan pengesahan berkaitan maklumat tersebut dari pihak kedutaan negara yang berkenaan.

Kesemua tangkapan ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dan ditempatkan di lokap berpusat Bayan Baru untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan Atas Kesalahan Melacur, Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan pas lawatan telah tamat tempoh dan peraturan 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1959 atas kesalahan salah guna pas lawatan sosial.

“Pihak PDRM khususnya IPD Timur Laut akan sentiasa komited dalam menghapuskan aktiviti pelacuran atau persundalan yang ada dalam daerah ini. Pihak polis juga menasihati mana-mana pihak agar tidak membuat sebarang kenyataan yang tidak benar berkenaan operasi yang telah dilakukan.”

Recent Posts

  • Trending

“Pelapis Negara” – Kelincahan Budak 6 Tahun Bermain Badminton Curi Tumpuan Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…

15 mins ago
  • Info
  • Trending

Tak Perlu Cuit Bahu! Ini Cara Untuk Beritahu Orang Lain Untuk Dijadikan Imam [Video]

Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…

21 mins ago
  • Info
  • Trending

Perkara Yang Nabi Tak Buat Atau Tinggalkan, Boleh Ke Kita Lakukan? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut UAI, sekiranya perkara itu haram, Nabi Muhammad SAW akan menjelaskannya untuk dijadikan panduan buat…

2 hours ago
  • Trending

“Bestnya!” – Ramai Teruja Lihat Rumah Terbuka Ada Menu ZUS Coffee [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah menu ZUS Coffee yang dihidangkan secara percuma khusus buat tetamu…

3 hours ago
  • Trending

“Rezeki Teragung”- 16 Tahun Menanti, Pasangan Akhirnya Dikurniakan Zuriat [Video]

Menurut Haznie setelah menanti untuk satu tempoh yang lama akhirnya pada ulang tahun perkahwinan ke-16…

3 hours ago
  • Trending

Tular 4 Individu Selamba Tunggang Motosikal Tanpa Helmet Siap Langgar Lampu Merah [Video]

Rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan lelaki terbabit kerana menunggang secara berbahaya dengan membawa kanak-kanak…

5 hours ago