fbpx
Now Reading
Suami Tumbuk Kepala Isteri Kerana Berang Ditegur Hisap Dadah Di Rumah

Suami Tumbuk Kepala Isteri Kerana Berang Ditegur Hisap Dadah Di Rumah

Menurut Ketua Polis Daerah Padawan, kejadian itu berlaku selepas mangsa menegur suspek kerana membawa kawannya datang ke rumah untuk menghisap dadah menyebabkan rakannya itu balik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka, seorang suami tergamak menumbuk kepala isterinya gara-gara berang ditegur menghisap dadah di rumah.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Abang Zainal Abang Ahmad berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira pukul 1 petang pada 27 Ogos lalu di sebuah rumah sewa di Matang Jaya, Sarawak.

Isteri tegur suami bawa kawan datang rumah untuk hisap dadah

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku selepas mangsa menegur suspek kerana membawa kawannya datang ke rumah untuk menghisap dadah hingga menyebabkan rakannya itu pulang.

“Ekoran itu, suspek marah dan terus bertindak agresif dengan menumbuk mangsa berkali-kali di bahagian kepala.

“Mangsa kemudian melarikan diri masuk ke dalam bilik untuk mengelak daripada terus dipukul oleh suspek,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini (30 Ogos).

Menurutnya lagi, mangsa yang berusia 23 tahun itu mengalami pendarahan pada mata kiri dan lebam di bahagian kepala.

Suspek berjaya ditahan di rumah sewanya pada 28 Ogos lalu

Susulan kejadian itu, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan pada 28 Ogos lalu telah bertindak menangkap suspek yang berusia 26 tahun di rumah sewa terbabit.

Jelas Abang Zainal lagi, suspek yang juga seorang penganggur itu kini ditahan di lokap Balai Polis Beratok untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.