Kes Mekap Pelajar Dipadam Guru, KPM Dedah Isu Telah Selesai Antara Keluarga & Sekolah

Sebelum ini, tular di media sosial video seorang bapa meluahkan rasa kecewa apabila anaknya, Nur Ammara Keysha dimarahi disebabkan memakai mekap bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan di sekolah.

Menerusi video yang dikongsikan oleh bapa, @shazliey1 di tiktok, awalnya kelihatan murid perempuan darjah dua itu begitu semangat dengan memakai pakaian tradisional daripada kaum India.

Malah dia turut mempraktikan beberapa gaya kerana akan berjalan memperagakan baju yang cantik itu di hadapan rakan-rakan.

Guru marah dan padam solekan pelajar, bapa tampil berdepan isu tersebut

Namun sampai sahaja di sekolah seorang guru telah bertindak memarahi kanak-kanak itu di hadapan pelajar lain kerana memakai alat solek ke sekolah. Selain itu guru terbabit turut memadam solekan yang dipakai oleh Ammara.

Tidak setuju anak diperlakukan begitu, bapa kanak-kanak perempuan itu kemudian tampil berdepan dengan guru tersebut berhubung isu terbabit.

Video itu secara tidak langsung turut mendapat perhatian di kalangan orang ramai termasuklah pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

@shazliey1 pengamalan dan dugaan yang hebat buat anak papa… Nur Ammara Keysha.. #ammarakeysha #fyppp #fypシ ♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

KPM maklum isu mekap pelajar dipadam telah selesai secara baik antara ibu bapa dan pihak sekolah

Menurut KPM, pihaknya melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sudah melakukan siasatan berhubung kes yang dipercayai berlaku pada 25 Ogos lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh KPM menerusi satu kenyataan rasmi kepada Buletin TV3 yang mengatakan berdasarkan siasatan mendapati isu berkenaan telah selesai dengan baik antara pihak sekolah dan ibu bapa kepada pelajar tersebut.

Terdapat salah faham berhubung peringatan, KPM pandang berat isu sahsiah dan adab

Katanya ada salah faham berhubung peringatan yang dimaklumkan oleh pihak sekolah kepada para pelajar yang terbabit dalam pertandingan tersebut.

“KPM sentiasa memandang berat mengenai isu sahsiah dan adab dalam kalangan murid dan guru.

“Selari dengan konsep Karamah Insaniah, KPM juga komited dalam penerapan nilai etika kepada semua warga institusi pendidikan,” ujarnya, lapor Buletin TV3.

Sekolah ada hak tentukan peraturan dalam aktiviti yang dilaksanakan

Berdasarkan kenyataan itu, KPM turut menjelaskan pihak sekolah mempunyai hak dalam menentukan peraturan untuk setiap aktiviti yang dilakukan supaya tidak ada pihak yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

“KPM juga telah mengeluarkan surat peringatan berkaitan Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia Peringkat Sekolah yang boleh disambut sehingga 16 September ini.

“Pihak sekolah boleh merancang dan melaksanakan aktiviti utama dan aktiviti sampingan seperti mengibarkan Jalur Gemilang, pertandingan menulis esei, mendeklamasi puisi, melukis poster dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian,” jelas kenyataan itu lagi.

Foto: Via BuletinTV3

Terdahulu pada 31 Ogos yang lalu, kanak-kanak perempuan itu bagaimanapun berpeluang untuk bertemu dengan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika sambutan Hari Merdeka di Putrajaya diadakan.

Malah Ammara turut dilihat gembira dengan pertemuan itu dan dia sempat merakam kenangan dengan mengambil gambar bersama Agong.

Baca artikel berkaitan:

Recent Posts

  • News
  • Trending

Jumlah Kelahiran Bayi Di Malaysia Semakin Menurun Berbanding Suku Tahun Pertama 2023

Menurut Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir setakat suku pertama tahun 2024…

12 hours ago
  • Trending

Anak Gigih Buat Slaid Kerana Mahu Pinjam Kereta Ibu Untuk Bercuti Undang Perhatian [Video]

Jelas Wan, anaknya sebelum ini telahpun meminta izin untuk menggunakan kenderaan miliknya, namun dia belum…

12 hours ago
  • Trending

Ramai Suka Konsep Cari Jodoh Sambil Makan & Borak Santai Di Kafe [Video]

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan peserta dapat mengenali antara satu sama lain…

13 hours ago
  • Trending

Gara-gara Tidur Lepas Asar, Telatah Lucu Kanak-kanak Ini Kalut Bersiap Ke Sekolah Bikin Ramai Terhibur [Video]

Kanak-kanak berkenaan turut menganggap hari itu merupakan hari Khamis ketika disoal oleh ibunya sedangkan hari…

14 hours ago
  • Info

Akaun 3 KWSP Dah Bermula, Ini Cara Pindahkan Wang Ke Akaun Fleksibel [Video]

Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun Fleksibel boleh dilakukan bermula kelmarin (12 Mei) hingga 31…

16 hours ago
  • Trending

Pemuda Kongsi Pengalaman Selepas Disahkan Hidap Kanser [Video]

Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…

16 hours ago