fbpx
Now Reading
“Kesedihan Terbalas” – Adik Ammara Gembira Dapat Bertemu & Bergambar Bersama Agong [Video]

“Kesedihan Terbalas” – Adik Ammara Gembira Dapat Bertemu & Bergambar Bersama Agong [Video]

Menurut bapa kepada adik Ammara, Al-Sultan Abdullah perkenan mencemar duli untuk turun dari kenderaan rasmi selepas melihat anak perempuannya melambai-lambai ke arah baginda.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kisah seorang kanak-kanak perempuan yang dimarahi guru kerana bersolek semasa hadir ke sekolah bagi menyambut hari kemerdekaan..

Menerusi hantaran di akaun TikTok bapanya (@shazliey1), anak perempuannya yang dikenali sebagai Nur Ammara Keysha itu dikatakan gembira ketika ingin ke sekolah selepas mengayakan pakaian tradisional sempena Hari Kemerdekaan disekolahnya.

Bagaimanapun, kegembiraan adik Ammara tidak lama apabila dia telah dimarahi oleh salah seorang guru kerana bersolek di hadapan murid lain. Malah, solekkan di wajahnya juga dipadam menyebabkan dia berasa sedih dan trauma.

@shazliey1

pengamalan dan dugaan yang hebat buat anak papa… Nur Ammara Keysha.. #ammarakeysha #fyppp #fypシ

♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

Adik Ammara bertemu Agong semasa hari kemerdekaan di Putrajaya

Pun begitu, kesedihan adik Ammara sebelum ini umpama terubat apabila dia berkesempatan untuk bertemu dengan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika sambutan Hari Kemerdekaan yang diadakan di Putrajaya semalam (31 Ogos).

Menerusi perkongsian video di TikTok bapanya, adik Ammara kelihatan gembira semasa bertemu baginda yang sedang dalam perjalanan pulang bersama isterinya, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Baginda turun dari kereta selepas melihat adik Ammara melambai

Menurut bapanya, Al-Sultan Abdullah berhenti dan turun daripada kenderaan rasminya selepas melihat adik Ammara melambai ke arahnya.

“Allahuakbar, mengigil papa hari ini Ammara. Ampun Tuanku KDYMM Seri Paduka Yang di Pertuan Agong perkenan mencemar duli turun dari kenderaan rasmi apabila nampak Ammara melambai-lambai sewaktu baginda ingin berangkat pulang dari menyaksikan perbarisan sempena hari kemerdekaan di Putrajaya,” tulisnya di kapsyen.

Pengiring rapat YDPA maklumkan mengenai kisah tular adik Ammara

Dalam video sama turut kelihatan pengiring rapat YDPA memaklumkan kepada baginda mengenai kisah tular adik Ammara ini di TikTok.

@shazliey1

Allahuakbar…mengigil papa hari ni Ammara…!!!! Ampun Tuanku… KDYMM Seri Paduka Yang di Pertuan Agong perkenan mencemar duli turun dari kenderaan rasmi apabila nampak Ammara melambai-lambai sewaktu baginda ingin berangkat pulang dari menyaksikan perbarisan sempena hari kemerdekaan di Putrajaya.. #AmmaraJumpaAgong #AgongJumpaAmmara #ammarakesya #ammaraviral #kanakkanakviral #AmpunTuanku #HariKemerdekaan #merdeka #ammara #bajuammaraviral #kisahammara #ammaratiktok

♬ Bahagiaku Sederhana – Jamik Jams & Feat Rangga & Ayena Prowind

Ramai gembira melihat adik Ammara bertemu Agong

Memindai ruangan komen, rata-rata netizen turut gembira melihat adik Ammara yang dapat bertemu serta bergambar dengan Agong.

Tidak hanya itu, netizen turut menyifatkan pertemuan adik Ammara bersama Agong sebagai rezeki yang diberikan oleh Allah SWT kepada kanak-kanak itu selepas dia bersedih dan kecewa mengenai insiden yang berlaku sebelum ini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.