Penumpang Malaysia Airlines Kini Boleh Bawa Makanan Sendiri

Umum mengetahui Malaysia Aviation Group (MAG) yang merupakan syarikat induk Malaysia Airlines (MAS) telah mengaktifkan Pelan Kesinambungan Perniagaan (BCP) untuk perkhidmatan makanan dalam penerbangan di laluan terpilih bermula 1 September 2023.

Pengaktifan BCP ini adalah susulan daripada penamatan kontrak di antara MAS dengan penyedia perkhidmatan makanan Brahim’s Food Services (BFS) pada 31 Ogos yang lalu.

Ekoran itu juga, bagi memastikan kelancaran perkhidmatan makanan semasa tempoh peralihan, penumpang dibenarkan membawa makanan sendiri di atas kapal khusus untuk laluan yang terjejas akibat daripada proses peralihan ini.

Tidak Boleh Bawa Makanan Yang Perlu Dipanaskan & Tidak Halal

Walau bagaimanapun, penumpang tidak boleh membawa makanan yang perlu dipanaskan dan tidak halal.

Malah, berdasarkan bahagian Soalan Lazim di https://www.malaysiaairlines.com, pilihan makanan dan minuman (F&B) alternatif adalah bergantung kepada keperluan cecair, aerosol dan gel (LAG), yang tidak boleh melebihi 100 mililiter (ml) bagi penumpang antarabangsa yang berlepas atau transit di lapangan terbang antarabangsa di Malaysia.

“Bagi mereka yang memesan hidangan istimewa, pilihan itu tidak tersedia buat sementara waktu. Jadi, kita benarkan mereka bawa makanan sendiri. Ini untuk laluan terjejas saja,” kata MAS.

Penumpang Masih Akan Terima Makanan, MAS Mohon Penumpang Kemas Kini Maklumat

Ketika tempoh peralihan ini, penumpang tetap akan diberikan makanan atau minuman dalam penerbangan.

Namun, bagi penumpang yang terjejas akibat daripada perubahan tawaran makanan bagi laluan domestik dan antarabangsa, mereka tetap akan menerima makanan yang disemak semula dan makanan prapembungkusan bergantung kepada kelas perjalanan dan tempoh penerbangan.

Penumpang bagi laluan yang lebih pendek akan menerima makanan yang dibungkus bergantung kepada kelas perjalanan dan tempoh penerbangan. Manakala, makanan yang disemak semula akan ditawarkan untuk penerbangan yang lebih lama.

Susulan daripada ini, MAS turut menggesa penumpang yang terjejas untuk mengemas kini butiran mereka melalui ’Tempahan Saya’ di laman web bagi memastikan maklumat terkini diterima melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Airlines Kini Larang Makanan ‘Self Heat’ Dibawa Ke Dalam Pesawat

Baca Artikel Berkaitan: Journify Perkenal Malaysia Airlines MHvacaypass Dengan 9 Destinasi Menarik Untuk Dilawati. 1 Pass Boleh Dapat 2 Perjalanan Pergi-Balik Ya!

Recent Posts

  • News
  • Trending

Jumlah Kelahiran Bayi Di Malaysia Semakin Menurun Berbanding Suku Tahun Pertama 2023

Menurut Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir setakat suku pertama tahun 2024…

16 hours ago
  • Trending

Anak Gigih Buat Slaid Kerana Mahu Pinjam Kereta Ibu Untuk Bercuti Undang Perhatian [Video]

Jelas Wan, anaknya sebelum ini telahpun meminta izin untuk menggunakan kenderaan miliknya, namun dia belum…

17 hours ago
  • Trending

Ramai Suka Konsep Cari Jodoh Sambil Makan & Borak Santai Di Kafe [Video]

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan peserta dapat mengenali antara satu sama lain…

18 hours ago
  • Trending

Gara-gara Tidur Lepas Asar, Telatah Lucu Kanak-kanak Ini Kalut Bersiap Ke Sekolah Bikin Ramai Terhibur [Video]

Kanak-kanak berkenaan turut menganggap hari itu merupakan hari Khamis ketika disoal oleh ibunya sedangkan hari…

19 hours ago
  • Info

Akaun 3 KWSP Dah Bermula, Ini Cara Pindahkan Wang Ke Akaun Fleksibel [Video]

Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun Fleksibel boleh dilakukan bermula kelmarin (12 Mei) hingga 31…

21 hours ago
  • Trending

Pemuda Kongsi Pengalaman Selepas Disahkan Hidap Kanser [Video]

Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…

21 hours ago