Remaja Lelaki Dikurung & Diliwat Berkali-kali Selepas ‘Diumpan’ Dengan Bantuan Cari Kerja
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Siapa sangka, niat seorang remaja lelaki yang ingin mencari pekerjaan akhirnya bertukar menjadi sebuah detik hitam dalam hidupnya.
Begitulah nasib malang yang menimpa seorang remaja lelaki ini apabila dia menjadi mangsa liwat dan dikurung selama 10 hari selepas ‘diumpan’ dengan bantuan cari kerja oleh individu dikenali melalui aplikasi media sosial.
Suspek tawar kepada mangsa bantuan cari kerja
Menurut Kosmo, pada awalnya remaja berusia 18 tahun itu ditawarkan bantuan mencari kerja oleh suspek yang juga seorang lelaki.
Ujarnya, selepas beberapa hari berkenalan, mangsa dan suspek kemudian bertemu pada pertengahan bulan lalu untuk mencari pekerjaan.
“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju dan menaiki kenderaan suspek yang mengambilnya di rumah mangsa di Bukit Jalil.
“Mangsa kemudian dibawa bermalam ke rumah suspek di Kampung Pandan, d sini, dan berjanji akan membawanya ke sebuah pasar raya untuk mendapatkan pekerjaan,” katanya.
Suspek bawa mangsa pulang ke rumah
Menurutnya lagi, seperti dijanjikan suspek membawa mangsa ke sebuah pasar raya untuk mencari pekerjaan sebelum membawanya pulang semula ke rumah lelaki itu selepas itu.
“Bagaimanapun ketika berada di rumah suspek mangsa diarahkan melakukan kerja rumah dan tidak dibenarkan pulang.
“Malah dia dikurung di rumah terbabit selama 10 hari di mana sepanjang itu mangsa turut diliwat beberapa kali,” katanya lagi.
Difahamkan lagi, mangsa kemudiannya diugut agar tidak menceritakan tentang perkara itu kepada sesiapa sebelum dibenarkan pulang semula ke rumahnya.
Berkongsi lanjut, mangsa yang trauma dan ketakutan dikatakan hanya menceritakan tentang kejadian itu kepada keluargannya baru-baru ini sebelum ahli keluarganya membawa remaja itu membuat laporan polis, kelmarin (11 September).
Ketua Polis Kuala Lumpur sahkan terima laporan mengenai kejadian itu
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.
“Suspek sudah dikenalpasti dan kita siasatan masih lagi berjalan. Kita dalam proses pengesahan keterangan mangsa dan menunggu hasil pemeriksaan doktor,” ujarnya.