Tular Isu Beli Barang Dapur RM200, Fuziah Salleh Dakwa Ia Video Lama [Video]

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fauziah Salleh yang membuat pembelian barangan keperluan di sebuah pasar raya.

Menerusi video dikongsikan MalaysiaGazette, Fuziah telah membeli beberapa barangan seperti Milo, Maggi, sardin, tepung, minyak, beras serta beberapa barangan basah lain yang bernilai RM136.30.

Beliau turut menyangkal dakwaan RM200 tidak cukup untuk membeli barangan makanan.

“Siapa kata RM200 tak boleh, tak cukup kena RM500? Jangan cakap perkara tak benar. Saya sendiri tengok dan saya sendiri nilai,” katanya di dalam video tersebut.

@malaysiagazette

Siapa Kata RM200 Tak Cukup Beli Barang????? Tengok Ni Timbalan Menteri Shopping Timbalan Menteri KPDN, Senator Puan Hajah Fuziah Salleh pergi ke pasar raya untuk buktikan dakwaan rakyat salah? Video: Sosial Media #malaysiagazette #mgnews #KPDN #timbalanmenteriKPDN #barangkeperluan #barangdapur

♬ Emotional Cinematic Sad Violin and Piano – ISAo

Ramai kurang senang dengan kenyataan dikeluarkan Timbalan Menteri KPDN

Video itu kemudian telah mendapat perhatian di kalangan masyarakat yang kurang senang dengan kenyataannya.

Malah ada yang bertanya berapa lamakah barangan yang dibeli oleh Timbalan Menteri berkenaan boleh bertahan.

“Tolong belanja sebulan untuk keluarga kecil dengan empat dewasa”

“Saya anak 10, kalau barang banyak tu sekali hadap je”

Video tular adalah rakaman lama, percaya ada dalang bermotifkan politik

Susulan daripada perkara itu, Fauziah kemudian tampil memaklumkan video itu adalah rakaman lama yang dimuat naik semula oleh pihak tertentu.

“Saya maklum dan tak terkejut kerana saya percaya ada dalang di sebaliknya (isu video tular) yang mungkin bermotifkan politik,” ujarnya.

Kenyataan dikeluarkan berdasarkan situasi ketika itu

Menurutnya, rakaman diambil pada awal Julai lalu ketika beliau berkunjung ke sebuah pasar raya di Langkawi.

“Sebenarnya ia video lama. Ketika itu ada isu yang (yang mengatakan perbelanjaan) RM200 (untuk barangan keperluan asas) tak dapat apa-apa. Jadi waktu itu, saya buat tinjauan di sebuah pasar raya dan beli sendiri barangan di situ.

“Harganya lebih sedikit berbanding tempat lain yang menjual barangan Jualan Rahmah, namun masih cukup dan boleh penuh bakul dengan wang di bawah RM200. Kenyataan saya dalam video bagaimanapun merujuk kepada situasi ketika itu,” ujarnya, dipetik Harian Metro.

Harap dapat perbetulkan tangapan segelintir pihak

Beliau dalam masa sama, harap penjelasan diberikan dapat memperbetulkan tangapan segelintir pihak.

“Diharap yang silap faham boleh diperbetulkan, tapi yang ada agenda tersendiri (menyebarkan rakaman video itu) berhati-hatilah,” jelas beliau lagi.

Semakan kami di laman TikTok beliau bagaimanapun tidak menemukan video berkenaan pada sekitar bulan Julai.

Namun kami ada menemui satu video berbeza yang berkisah mengenai kos hidup rakyat pada bulan sama.

@aspirasifuziahsalleh

Belanja dapur RM200 vs RM500 🤔 Apa komen anda? #fuziahsalleh #kpdn #mediafuziahsalleh malaysiamadani@KPDN

♬ original sound – Fuziah Salleh – Fuziah Salleh

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

2 days ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

2 days ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

2 days ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

2 days ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

2 days ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

3 days ago