Pada Rabu (20 September) yang lalu, sepasukan polis daripada Balai Polis Pasir Mas, Kelantan telah menahan dua pelajar sekolah menengah kerana memiliki dadah jenis pil epam.
Kedua-dua pelajar ini merupakan antara empat individu yang ditahan dalam serbuan di hadapan sebuah kedai makan yang terletak di Kampung Repek Pasir Mas, Kelantan pada jam 9.30 malam.
Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed, suspek yang ditahan berumur dalam lingkungan 16 hingga 19 tahun. Ketika serbuan, kesemua mereka berada dalam keadaan yang mencurigakan.
Malah, hasil siasatan mendapati dua daripada empat individu yang ditahan merupakan pelajar sekolah menengah di daerah itu manakala seorang lagi merupakan warganegara Thailand.
Tambah Kama Azural, polis telah merampas 200 biji pil nitrazepam atau pil epam ketika serbuan dilakukan.
“Polis kemudiannya merampas 200 biji pil epam atau ubat penenang dengan anggaran berat 20 gram yang bernilai RM800 bersama suspek.
“Hasil semakan mendapati, dua daripada suspek mempunyai rekod kesalahan lampau berkait kes dadah,” kata beliau.
Hasil ujian air kencing yang dilakukan pula mendapati kesemua suspek negatif dadah. Mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Tumpat bagi perintah tahanan reman untuk tujuan siasatan.
Tambah Kama Azural lagi, kes kini disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Pihak polis ingin menegaskan bahawa usaha memerangi masalah dadah bukannya sekadar tanggungjawab pihak berkuasa namun masyarakat secara umumnya perlu mempunyai kesedaran untuk bersama-sama membanterasnya.
“Sehubungan itu, pihak polis menyeru kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas di talian 09-7932222 atau di balai-balai yang berdekatan,” katanya.
Nitrazepam atau lebih dikenali sebagai pil epam merupakan ubat kawalan bagi merawat Insomnia iaitu penyakit susah tidur. Ia juga digunakan sebagai ubat Preanaesthetic, kekejangan bayi dan masalah lain.
Ubat ini boleh memberi kesan yang buruk terutama kepada individu yang mengambilnya tanpa nasihat pakar perubatan atau doktor.
Malah, penyalahgunaan pil epam dalam kalangan remaja dilihat semakin berleluasa kerana ia dikatakan mampu memberi rasa khayal kepada individu itu.
Menurut akaun Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Besut di Facebook, terdapat beberapa kesan sampingan yang mungkin berlaku, namun ianya bergantung kepada individu dan jumlah dos.
Antara kesan sampingan yang dinyatakan adalah seperti:
Bahaya Penyalahgunaan Nitrazepam Nitrazepam (Epam) popular dikalangan remaja sekarang kerana dikatakan mampu…
Posted by AADK Besut on Friday, 6 May 2022
Baca Artikel Berkaitan: Pemandu Treler Seret Ibu Baru Pulang Dari Hantar Anak Sekolah Ditahan, Disahkan Positif Dadah
Baca Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak 1 Tahun 10 Bulan Positif Dadah, Ibu Muda Ditahan
Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…
Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…
Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…
Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…
Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.
Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…