fbpx

Miliki 200 Biji Pil Epam, Dua Pelajar Sekolah Menengah Di Kelantan Antara Empat Ditahan

Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed, hasil siasatan mendapati dua daripada empat individu yang ditahan merupakan pelajar sekolah menengah di daerah itu manakala seorang lagi merupakan warganegara Thailand.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada Rabu (20 September) yang lalu, sepasukan polis daripada Balai Polis Pasir Mas, Kelantan telah menahan dua pelajar sekolah menengah kerana memiliki dadah jenis pil epam.

Kedua-dua pelajar ini merupakan antara empat individu yang ditahan dalam serbuan di hadapan sebuah kedai makan yang terletak di Kampung Repek Pasir Mas, Kelantan pada jam 9.30 malam.

Suspek Berada Dalam Keadaan Mencurigakan, Salah Seorang Warganegara Thailand

Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed, suspek yang ditahan berumur dalam lingkungan 16 hingga 19 tahun. Ketika serbuan, kesemua mereka berada dalam keadaan yang mencurigakan.

Malah, hasil siasatan mendapati dua daripada empat individu yang ditahan merupakan pelajar sekolah menengah di daerah itu manakala seorang lagi merupakan warganegara Thailand.

Ditahan Miliki 200 Biji Pil Epam

Tambah Kama Azural, polis telah merampas 200 biji pil nitrazepam atau pil epam ketika serbuan dilakukan.

“Polis kemudiannya merampas 200 biji pil epam atau ubat penenang dengan anggaran berat 20 gram yang bernilai RM800 bersama suspek.

“Hasil semakan mendapati, dua daripada suspek mempunyai rekod kesalahan lampau berkait kes dadah,” kata beliau.

Hasil ujian air kencing yang dilakukan pula mendapati kesemua suspek negatif dadah. Mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Tumpat bagi perintah tahanan reman untuk tujuan siasatan.

Tambah Kama Azural lagi, kes kini disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Pihak polis ingin menegaskan bahawa usaha memerangi masalah dadah bukannya sekadar tanggungjawab pihak berkuasa namun masyarakat secara umumnya perlu mempunyai kesedaran untuk bersama-sama membanterasnya.

“Sehubungan itu, pihak polis menyeru kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas di talian 09-7932222 atau di balai-balai yang berdekatan,” katanya.

Apa Itu Pil Epam?

Nitrazepam atau lebih dikenali sebagai pil epam merupakan ubat kawalan bagi merawat Insomnia iaitu penyakit susah tidur. Ia juga digunakan sebagai ubat Preanaesthetic, kekejangan bayi dan masalah lain.

Ubat ini boleh memberi kesan yang buruk terutama kepada individu yang mengambilnya tanpa nasihat pakar perubatan atau doktor.

Malah, penyalahgunaan pil epam dalam kalangan remaja dilihat semakin berleluasa kerana ia dikatakan mampu memberi rasa khayal kepada individu itu.

Menurut akaun Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Besut di Facebook, terdapat beberapa kesan sampingan yang mungkin berlaku, namun ianya bergantung kepada individu dan jumlah dos.

Antara kesan sampingan yang dinyatakan adalah seperti:

  • Gangguan penglihatan
  • Keletihan
  • Kesukaran membuang air kecil
  • Putaran
  • Pergerakan terganggu
  • Penglihatan berganda
  • Kemerosotan ingatan
  • Mengantuk
  • Tekanan darah rendah
  • Emosi terganggu
  • Kekeliruan
  • Ruam kulit
  • Perubahan dalam keinginan seks
  • Pening
  • Kelemahan otot
  • Sakit kepala
  • Kemurungan
  • Kelainan dalam penampilan
  • Mimpi buruk
  • Perubahan tingkah laku
  • Cepat marah
  • Berpeluh
  • Badan lemah
  • Kabur penglihatan
  • Mulut kering

Bahaya Penyalahgunaan Nitrazepam Nitrazepam (Epam) popular dikalangan remaja sekarang kerana dikatakan mampu…

Posted by AADK Besut on Friday, 6 May 2022

Baca Artikel Berkaitan: Pemandu Treler Seret Ibu Baru Pulang Dari Hantar Anak Sekolah Ditahan, Disahkan Positif Dadah

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak 1 Tahun 10 Bulan Positif Dadah, Ibu Muda Ditahan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.