fbpx
Now Reading
Kanak-Kanak 1 Tahun 10 Bulan Positif Dadah, Ibu Muda Ditahan

Kanak-Kanak 1 Tahun 10 Bulan Positif Dadah, Ibu Muda Ditahan

Kes itu mula terbongkar apabila kanak-kanak tersebut menunjukkan tingkah laku yang pelik dan tidak terkawal ketika hendak tidur.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang ibu muda yang berusia 21 tahun di Perak ditahan selepas dia dan anaknya yang berusia setahun 10 bulan didapati positif dadah.

Menurut Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab. Hamid, pihak polis menerima laporan daripada pegawai perubatan Hospital Taiping berhubung kejadian itu.

Kanak-Kanak Mempunyai Tingkah Laku Pelik

Difahamkan, sebelum itu kanak-kanak tersebut dihantar ke rumah neneknya sementara ibunya keluar membeli barang di kedai runcit berhampiran rumah tersebut.

Namun kes itu mula terbongkar apabila kanak-kanak tersebut menunjukkan tingkah laku yang pelik dan tidak terkawal ketika hendak tidur.

Pihak Hospital Sahkan Kanak-Kanak Positif Dadah

Akibat daripada kejadian itu, ibu mangsa membawa kanak-kanak berkenaan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Ibunya telah membawanya ke hospital dan pihak hospital mendapati kanak-kanak itu positif dadah,” kata beliau.

Setelah rawatan dibuat, pegawai perubatan Hospital Taiping mengesahkan bahawa kanak-kanak itu positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Kanak-kanak malang itu kini berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di hospital.

Polis Tahan Ibu Mangsa & Disahkan Positif Dadah Jenis Methamphetamine

Ekoran daripada kejadian ini, polis telah menahan ibu mangsa yang merupakan seorang suri rumah. Hasil saringan air kencing mendapati ibu kanak-kanak itu juga positif dadah jenis methamphetamine.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Sekiranya didapati bersalah, individu, ibu bapa atau penjaga boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Baca Artikel Berkaitan: Budak 11 Tahun Termakan Biskut Ganja Buatan Bapa Sendiri Hingga Sesak Nafas & Pening Kepala

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Kritikal Akibat Dadah Semakin Baik & Stabil

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.