fbpx
Now Reading
Lelaki Nigeria Lari Dari Serbuan Polis Maut Jatuh Tingkat 16

Lelaki Nigeria Lari Dari Serbuan Polis Maut Jatuh Tingkat 16

Mayat lelaki warga Nigeria berkenaan berjaya dibawa turun oleh enam anggota bomba dengan menggunakan pengusung.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Cubaan seorang lelaki warga Nigeria yang ingin melarikan diri daripada serbuan polis berakhir dengan dirinya maut selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Batu Uban, Gelugor, Georgetown pada petang semalam (21 Januari).

Kejadian berlaku ketika pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang melakukan serbuan di sebuah unit kondominium yang turut didiami seorang lagi rakan senegara iaitu lelaki berusia 37 tahun yang juga pelajar sebuah kolej swasta.

Lelaki Nigeria buka pintu dan kunci semula selepas sedar kehadiran polis

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, semasa pihaknya melakukan serbuan, pintu rumah berkenaan dibuka seorang lelaki, namun dia masuk semula ke dalam rumah apabila menyedari kehadiran polis lalu bertindak mengunci pintu.

Menurutnya, susulan itu pihak polis terpaksa memecah pintu sebelum menahan seorang lelaki warga Nigeria.

“Berikutan wajah individu yang membuka pintu dengan lelaki yang ditahan itu tidak sama, pasukan polis membuat pemeriksaan lanjut di rumah berkenaan sebelum menemukan mayat seorang lelaki dalam keadaan terbaring di tingkat bawah.

“Kita juga menemukan seorang lagi suspek lelaki warganegara sama di tingkat lapan kondominium berkenaan,” katanya dipetik Berita Harian.

Pihak polis temui sejumlah dadah di rumah didiami warga Nigeria itu

Menurutnya lagi, pemeriksaan lanjut oleh pasukan polis di dalam rumah berkenaan menemui sejumlah dadah jenis syabu dan pil ekstasi.

“Jumlah semua dadah itu masih dalam siasatan polis. Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, manakala dua lagi suspek disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya,” katanya.

Mayat berjaya dibawa turun oleh pasukan bomba

Sementara itu, mayat lelaki berkenaan berjaya dibawa turun oleh enam anggota bomba dengan menggunakan pengusung.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Fauzian Izzuan Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 9.20 malam.

“Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) sebelum kes diserah kepada polis bagi tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 9.31 malam,” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.