fbpx
Now Reading
‘Raja Dadah’ Malaysia Yang Ditahan Di Laos Miliki Aset Bernilai RM190 Juta

‘Raja Dadah’ Malaysia Yang Ditahan Di Laos Miliki Aset Bernilai RM190 Juta

Menurut PDRM, ‘Raja Dadah’ yang berasal dari Perak itu pernah ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (Akta 316) selain turut membuat rampasan aset pada awal penahanannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada 29 Disember lalu, seorang lelaki rakyat Malaysia telah ditahan di Laos hasil kerjasama pihak berkuasa Thai-Laos.

Individu yang juga digelar ‘Raja Dadah’ dari Malaysia sebelum ini telah diburu sejak Ogos lalu dan dia merupakan suspek utama sindiket dadah transnasional.

Selain ditahan, aset milik lelaki tersebut turut dirampas antaranya adalah sebidang tanah dengan bangunan, dua kondiminum, wang tunai, dan lain-lain.

Namun pihak berkuasa Malaysia tidak menuntut ekstradiksi terhadap suspek berusia 41 tahun itu kerana tiada waran tangkap ke atasnya di sini.

Polis Thailand bagaimanapun mengesahkan PDRM telah menyiasatnya di Bangkok.

Baca artikel berkaitan: ‘Raja Dadah’ Dari Malaysia Yang Jadi Buruan Polis Thailand Ditahan Di Laos

Lelaki dipercayai ‘Raja Dadah’ yang ditahan di Laos dianggarkan miliki aset bernilai RM190 juta

Terbaharu, polis Malaysia mendedahkan nilai aset lelaki yang ditahan di Laos itu telah dianggarkan bernilai RM190 juta.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Kamarudin Md Din, sebelum ini polis di negara ini pernah menahan lelaki berasal dari Perak tersebut mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (Akta 316).

“Untuk makluman, kita pernah mengambil tindakan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (Akta 316) ke atas dia (Raja Dadah) malah kita juga pernah membuat rampasan (aset) suspek pada peringkat awal penahanannya sebelum ini.

“Sebahagiannya sudah pun kita lucutkan hak dan ada yang kita sudah pulangkan semula (kepada suspek) dan nilainya, jika tidak silap saya, dalam RM190 juta,” ujarnya lapor Harian Metro.

Polis belum ada perancangan untuk mengekstradisi kes, sebaliknya biarkan kes diselesaikan dahulu di Thailand

Walau bagaimanapun, jelas beliau lagi buat masa ini polis belum meneliti impak kepada aktiviti penyeludupan yang dibuat khususnya di sempadan negara ini selepas lelaki itu ditahan.

Akan tetapi, tindakan menyeluruh sentiasa dilakukan terhadap kes berkenaan. Selain itu, pihak polis juga memberikan ruang agar kes terbabit di selesaikan terlebih dahulu di negara jiran, Thailand sebelum sebarang tindakan seterusnya.

“Malah, pada tahun ini, dengan kejayaan pembanterasan penyeludupan dadah di Perlis ini, kita akan lipat gandakan usaha untuk memastikan tiada lagi dadah yang cuba diseludup masuk daripada negara jiran ke Malaysia.

“Pada masa sama, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan biarkan kes ini selesai dahulu di Thailand dan kemudian, baharulah kita akan melihat semula sama ada suspek ini akan diekstradisi atau sebaliknya.

“Buat masa ini, kita belum lagi ada perancangan terhadap langkah berkenaan.”

Polis dalam pada itu, mengesahkan lelaki yang ditahan itu juga disenarai hitamkan sebaik disyaki telah menjadi dalang sindiket pengedaran dadah di Segi Tiga Emas (Golden Triangle) yang melibatkan negara Myanmar, Laos serta Thailand sejak 2006.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.