fbpx
Now Reading
‘Raja Dadah’ Dari Malaysia Yang Jadi Buruan Polis Thailand Ditahan Di Laos

‘Raja Dadah’ Dari Malaysia Yang Jadi Buruan Polis Thailand Ditahan Di Laos

Pihak berkuasa turut percaya individu warga Malaysia yang ditahan itu bekerja dengan rangkaian dadah dari beberapa negara seperti Thailand, Malaysia, China, Singapura serta Laos.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang rakyat Malaysia yang dikehendaki di Thailand telah ditahan dalam satu operasi dilakukan bersama Thai-Laos pada 29 Disember lalu dipercayai kerana menyeludup dadah.

Penahanan individu berusia 39 tahun itu telah dimaklumkan oleh Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik (ONCB) pada 1 Januari lalu.

Memetik laporan Bangkok Post, dia yang diburu pihak polis sejak Ogos lalu merupakan suspek utama sindiket dadah transnasional.

Bahkan pihak berkuasa turut menyediakan imbuhan sebanyak 1 juta baht (RM134,145.18) sehingga tertangkapnya suspek yang dikenali sebagai Ong Gim Wah. Dia dikatakan memainkan peranan penting dalam jaringan pengedaran dadah di Wilayah Segitiga Emas (Golden Triangle Region) sejak 2006.

Dipercayai gunakan Thailand untuk pengubahan wang haram dan transit sebelum seludup dadah ke negara lain

Pihak berkuasa turut percaya individu yang ditahan itu bekerja dengan rangkaian dadah dari beberapa negara seperti Thailand, Malaysia, China, Singapura dan juga Laos. Dia juga dipercayai menggunakan negara gajah putih itu sebagai pusat pengubahan wang haram dan tempat transit untuk menyeludup dadah ke negara seperti Malaysia, Taiwan serta Australia.

Jelas Menteri Kehakiman Pol Col Tawee Sodsong dan Penolong Ketua Polis Negara, Leftenan Jeneral Panurat Lakboon yang juga pemangku setiausaha agung ONCB penahanan itu dilakukan selepas tujuh suspek ditahan dan sebanyak 998 kilogram kristal methamphetamine turut dirampas di Ratchaburi pada Jun tahun lalu.

Rampasan itu dilakukan oleh ONCB dengan kerjasama Biro Kawalan Narkotik (NSB), Navy Seals, Pusat Keselamatan Angkatan Tentera dan unit pasukan khas Tentera Laut Diraja Thai sebelum mendapatkan maklumat Ong masih bersembunyi di Laos.

Aset bernilai sekitar RM11 juta turut dirampas

Selain ditahan, pihak berkuasa turut merampas aset lelaki berkenaan seperti sebidang tanah dengan bangunan, dua kondominium, tiga kapal layar, dua kereta, tiga motosikal, senjata api, wang tunai, dan barang berharga lain, di Bangkok, Trat, Chiang Rai dan Chon Buri.

Kesemua yang dirampas dianggarkan berjumlah 85 juta baht (sekitar RM11 juta).

Menurut Bernama, penangkapan dilakukan itu adalah hasil siasatan berterusan antara Thailand, Malaysia dan Laos.

“Penangkapan itu adalah hasil siasatan berterusan dan penyelarasan rapat antara agensi penguatkuasaan Thailand, Malaysia dan Laos,” kata Panurat Lakboon.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.