fbpx
Now Reading
Budak 11 Tahun Termakan Biskut Ganja Buatan Bapa Sendiri Hingga Sesak Nafas & Pening Kepala

Budak 11 Tahun Termakan Biskut Ganja Buatan Bapa Sendiri Hingga Sesak Nafas & Pening Kepala

Keputusan ujian saringan air kencing mendapati, bapa kanak-kanak terbabit positif dadah jenis tetrahydrocannbinol (THC).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 11 tahun mengalami pening kepala, sesak nafas dan loya dipercayai akibat termakan biskut yang mengandungi bahan terlarang.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, kejadian yang berlaku di Gerik, Perak itu terjadi apabila kanak-kanak tersebut menjamah biskut coklat buatan bapanya yang dipercayai mengandungi ganja.

Menyedari tentang keadaan anaknya itu, bapa kanak-kanak berkenaan yang juga merupakan seorang penoreh getah kemudian membawa anaknya itu ke Klinik Kesihatan Lawin untuk mendapatkan rawatan.

Polis menerima maklumat berhubung kejadian tersebut daripada Klinik Kesihatan Lawin pada Isnin (29 Mei) jam 10.26 malam.

Bapa Positif Dadah Tetrahydrocannbinol (THC)

Hasil siasatan mendapati, mangsa dikatakan termakan biskut yang dicampur dengan ganja hasil buatan bapanya sebelum mengalami simptom pening kepala, sesak nafas dan loya.

Menurut Yusri, mangsa dibawa ke Hospital Gerik dan Hospital Taiping bagi menerima rawatan lanjut dan kini berada dalam keadaan stabil.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Gerik dan dirujuk kepada Hospital Taiping pemeriksaan dan rawatan selanjutnya,” katanya.

Berdasarkan keputusan ujian saringan air kencing menunjukkan bapa kanak-kanak terbabit yang berusia 38 tahun itu positif dadah jenis tetrahydrocannbinol (THC).

Polis telah menahan suspek dan turut merampas stok biskut coklat bagi tujuan siasatan.

Sekiranya didapati bersalah, suspek boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Manakala di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, sekiranya individu didapati bersalah, individu boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua- duanya sekali.

Baca Artikel Berkaitan: Polis Tahan Penagih Dadah Dipercayai Rogol Wanita Yang Ditemukan Trauma & Menangis Di Tepi Jalan

Baca Artikel Berkaitan: Bekas Tentera Pijak, Pukul & Tampar Ibu Lepas Berang Tak Dapat RM20 Untuk Beli Dadah

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.