fbpx
Now Reading
Polis Tahan Penagih Dadah Dipercayai Rogol Wanita Yang Ditemukan Trauma & Menangis Di Tepi Jalan
Wanita dipercayai dirogol

Polis Tahan Penagih Dadah Dipercayai Rogol Wanita Yang Ditemukan Trauma & Menangis Di Tepi Jalan

Menurut PDRM, hasil ujian air kencing suspek mendapati positif dadah jenis methamphetamine selain turut mempunyai rekod jenayah nlampau narkotik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bertindak menahan seorang penagih dadah selepas dipercayai terlibat dalam kes rogol membabitkan seorang wanita yang dijumpai trauma dan menangis di Fair Park, Ipoh pada 18 April.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan memaklumkan pihaknya telah menerima maklumat berhubung mangsa rogol itu pada jam 9.15 pagi daripada orang awam.

Mangsa dirogol di rumah sendiri, alami kecederaan di kaki

Katanya, sebaik menerima laporan sepasukan anggota dari Balai Polis Sungai Senam dengan segera ke tempat kejadian untuk membantu mangsa yang berada di Jalan Kamaruddin Isa, Fair Park, Ipoh.

“Hasil siasatan awal, mangsa yang berusia 38 tahun telah dirogol di rumahnya oleh seorang lelaki warga tempatan yang tidak dikenali.

“Mangsa kemudian berjaya melarikan diri daripada tempat kejadian setelah dirogol dan mengalami kecederaan di bahagian kaki akibat terjatuh dari tempat tinggi,” ujarnya.

Polis rampas senjata, suspek ada rekod jenayah lampau dan positif dadah

Pihak polis kemudian berjaya menahan suspek yang merupakan warga tempatan berusia 43 tahun di rumah mangsa. Beberapa jenis senjata daripada lelaki itu turut dirampas antaranya gunting, pisau dan juga kuku kambing.

“Semakan pihak polis mendapati suspek memiliki beberapa rekod jenayah narkotik lampau dan ujian saringan air kencing suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (rogol) dan pihak polis berjaya mendapat perintah tahanan reman terhadap suspek selama tujuh hari dari 19 hingga 25 April untuk siasatan lanjut.”

Mangsa dapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun

Jelasnya, mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan keadaan kini dilaporkan stabil.

Sementara itu, p juga sedang melengkapkan siasatan kes dan akan merujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan terhadap lelaki berkenaan dalam masa terdekat.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.