fbpx
Now Reading
Bayi Ditemui Dalam Kotak Bersama Uri & Tali Pusat, Dua Remaja Ditahan Polis

Bayi Ditemui Dalam Kotak Bersama Uri & Tali Pusat, Dua Remaja Ditahan Polis

Menurut Ketua Polis Daerah Selama, kedua-dua remaja terbabit ditahan di Bahagian Kecemasan Hospital Selama ketika sedang mendapatkan rawatan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dua remaja yang juga pelajar sebuah sekolah menengah telah ditahan polis semalam (7 Januari) bagi membantu siasatan kes penempuan bayi perempuan di dalam kotak di sebuah pusat tahfiz di Rantau Panjang, Selama, Perak pada awal pagi hari yang sama.

Ketua Polis Daerah Selama, Superintendan Sarudin Samah berkata, remaja lelaki berusia 17 tahun dan perempuan berumur 14 tahun itu ditahan pada pukul 8.20 malam.

Dua remaja ditahan di Bahagian Kecemasan Hospital Selama

Menurut Sarudin, kedua-dua remaja terbabit ditahan di Bahagian Kecemasan Hospital Selama ketika sedang mendapatkan rawatan.

“Ketika ditahan, dua remaja itu dikatakan sedang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

“Remaja perempuan itu masih dalam rawatan pihak hospital dan kedua-duanya akan diberi jaminan polis selepas siasatan dan keterangan direkodkan,” katanya dipetik Berita Harian.

Dalam kejadian 7.28 pagi semalam itu, pihak polis menerima laporan daripada seorang lelaki yang menemukan seorang bayi perempuan yang diletakkan di pusat pengajian Islam terbabit.

Bayi ditemui dalam kotak ketika jemaah tahfiz mahu solat subuh

Bayi berkenaan ditemukan di dalam kotak bersama uri dan tali pusat oleh jemaah tahfiz sekitar jam 5.30 pagi ketika mereka ingin menunaikan solat subuh.

Susulan itu, bayi perempuan terbabit dibawa ke Hospital Selama sebelum ditempatkan di Hospital Taiping berikutan keadaan beratnya iaitu sekitar dua kilogram.

Bagaimanapun, bayi itu dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan lanjut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.