fbpx

Kereta Myvi Dipandu Lelaki Warga Emas Switzerland Rempuh Kedai Serbaneka Stesen Minyak

Ketika kejadian, pemandu yang merupakan lelaki warganegara Switzerland itu mengalami kekejangan kaki semasa hendak mengisi minyak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (9 Januari), tular di media sosial video yang memaparkan sebuah kereta Perodua Myvi berwarna hitam merempuh kedai serbaneka di stesen minyak.

Menerusi video tersebut, kelihatan beberapa orang individu berada di dalam kedai berkenaan ketika kejadian.

Pemandu Warga Emas Alami Kekejangan Kaki

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan, kemalangan tersebut berlaku pada Selasa (9 Januari) kira-kira jam 10.30 pagi di Stesen Minyak Caltex Taman Canning, Ipoh.

Ketika kejadian, pemandu yang merupakan lelaki warganegara Switzerland itu mengalami kekejangan kaki semasa hendak mengisi minyak.

Pemandu yang berusia 77 tahun pada ketika itu dikatakan sedang membetulkan kenderaannya ketika berada di satu daripada pam minyak sebelum dia secara tiba-tiba mengalami kekejangan pada kaki kanan.

“Akibat daripada itu, pemandu berkenaan dia tidak dapat mengawal kenderaannya hingga terbabas ke hadapan lalu melanggar motosikal jenis Yamaha yang diparkir dan merempuh dinding kaca premis berkenaan,” katanya.

Seorang Wanita Cedera Kaki Kanan

Akibat rempuhan itu, seorang wanita yang berada di kedai berkenaan cedera kaki kanan manakala penunggang motosikal berusia 29 tahun dan pemandu Perodua Myvi berkenaan tidak mengalami kecederaan.

Tambah Yahaya lagi, tiada tangkapan dibuat dan kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

Terdahulu, video tular di media sosial itu nyata mendapat perhatian warganet.

Rata-rata terkejut melihat video kejadian tersebut dan majoritinya berpendapat kesihatan pemandu warga emas perlu dinilai semula sebelum mereka dibenarkan memandu.

#Ipoh Sebuah Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki warga emas Switzerland merempuh sebuah stesen minyak di Taman Canning, di sini, pada pagi tadi. Menurut pihak Polis lelaki berusia 77 tahun itu dikatakan mengalami kekejangan kaki kanan ketika berhenti untuk mengisi minyak di Stesen Minyak. Pemandu tersebut diserang kekejangan kaki kanan dan tidak dapat mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kereta terbabas ke hadapan melanggar sebuah motosikal jenis Yamaha Y16ZR lalu merempuh dinding kaca di situ. Ekoran rempuhan itu, seorang wanita tempatan mengalami kecederaan di kaki kanannya. Pemandu Myvi itu dan penunggang motosikal berumur 29 tahun serta pemilik stesen minyak yang berusia 42 tahun tidak mengalami kecederaan.

Posted by Perak Press on Tuesday, 9 January 2024

Baca Artikel Berkaitan: Tular Kenderaan Dipandu Warga Emas Rempuh Kedai Nombor Ekor [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Warga Emas Termasuk Dua Cucu Cedera, Kereta Dipandu Rempuh Kedai Serbaneka Stesen Minyak [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.