fbpx
Now Reading
Tular Kenderaan Dipandu Warga Emas Rempuh Kedai Nombor Ekor [Video]

Tular Kenderaan Dipandu Warga Emas Rempuh Kedai Nombor Ekor [Video]

Menurut Bomba akibat terbabas sehingga masuk ke dalam kedai nombor ekor, warga emas berkenaan turut mengalami sakit belakang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kemalangan ketika membawa kenderaan di jalan raya merupakan suatu perkara yang tidak dapat dijangka.

Meskipun telah berusaha untuk berhati-hati namun adakalanya sesuatu kemalangan itu terjadi atas perkara yang tidak diingini.

Proton Saga dipandu warga emas tiba-tiba merempuh sebuah kedai

Perkara ini samalah seperti apa yang berlaku kepada seorang pemandu Proton Saga apabila terlibat dengan kemalangan selepas merempuh sebuah premis nombor ramalan atau lebih terkenal dipanggil ‘kedai nombor ekor’ di Taman Molek, Bagan Ajam Butterworth Pulau Pinang.

Menerusi video yang tular, awalnya kelihatan kenderaan berwarna merah itu ingin memasuki kawasan parkir di hadapan sebuah deretan kedai.

Namun sebaik sahaja memasuk petak parkir, kenderaan itu secara tiba-tiba dilihat meluncur laju sehingga merempuh kawasan dalam kedai.

Rupanya warga emas tersilap tekan pedal minyak

Insiden itu dilaporkan berlaku disebabkan pemandu yang juga seorang lelaki warga emas tersalah menekan pedal minyak hingga terbabas ke kedai tersebut , semalam (15 Oktober).

Kejadian yang berlaku sekitar jam 3 petang itu telah menyebabkan warga emas berusia 65 tahun tersebut tersepit di bahagian tempat duduk pemandu selepas kenderaan yang dipandunya merempuh kaunter di kedai terbabit, lapor Kosmo.

Mangsa alami sakit belakang

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth, Noorhisham Md Noor memaklumkan pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu pada jam 3.06 petang.

Katanya, gara-gara rempuhan itu mangsa telah mengalami sakit di bahagian belakang.

“Pasukan bomba telah menjalankan kerja-kerja penyelamatan bagi mengeluarkan mangsa dalam tempoh 10 minit.

“Mangsa telah berjaya dikeluarkan dan dibawa ke hospital bagi menerima rawatan susulan,” ujarnya.

Namun setakat ini tiada sebarang maklumat mengenai jumlah kerugian yang ditanggung kedai terbabit.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.