fbpx
Now Reading
Kanak-Kanak Kritikal Akibat Dadah Semakin Baik & Stabil

Kanak-Kanak Kritikal Akibat Dadah Semakin Baik & Stabil

Kanak-kanak yang dilaporkan kritikal kerana kandungan dadah yang tinggi dalam badan kini dilaporkan stabil dan akan dipindakan ke Hospital Sultan Ismail Petra.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kanak-kanak lelaki yang ditidurkan kerana kandungan dadah yang tinggi dalam badan kini menunjukkan perkembangan yang baik.

Malah mangsa juga akan dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai dalam masa terdekat.

Tunjuk perkembangan positif

Memetik laporan Utusan Malaysia, Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki memaklumkan, mangsa telah menunjukkan perkembangan positif bernafas secara normal tanpa menggunakan alat bantuan oksigen.

Jelasnya, kesihatan kanak-kanak tersebut juga bertambah baik berbanding sebelum ini.

Jika dipindahkan ia dapat memudahkan ahli keluarga untuk datang menziarah

“Kita semua bersyukur melihat keadaan itu dan berharap kanak-kanak itu akan pulih seperti biasa.

“Sekiranya mangsa dipindahkan ke HSIP, ia memudahkan ahli keluarga terdekat untuk menziarahi dan memantau kesihatannya,” ulas beliau dalam sidang akhbar selepas program Ziarah Prihatin Pemangku Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kelantan di perkarangan HRPZ II, semalam (22 Jun).

Dalam kunjungan tersebut, Muhamad Zaki serta isterinya, Suzana Yashin merangkap Pemangku Pengerusi Perkep Kelantan turut menyampaikan kurniaan daripada Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid kepada ibu kanak-kanak tersebut yang berusia 36 tahun.

Panjat rasa syukur lihat perkembangan positif anak

Menerusi laporan Harian Metro, ibu mangsa memanjatkan rasa syukur apabila melihat perkembangan positif anaknya serta turut mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang diberikan.

“Saya sudah boleh bercakap dengan anak malah dia juga kelihatan lebih sihat dan ceria. Jika benar anak saya dapat dipindahkan ke hospital di Kuala Krai, makan lebih mudah untuk saya menjaganya memandangkan kami tinggal di sana.

Lihat anak kembali aktif buat hati ibu lega

“Melihat dia mula aktif kembali membuatkan hati saya sangat lega dan berharap agar dia pulih sepenuhnya seperti sedia kala,” jelas ibu kanak-kanak itu.

Media sebelum ini melaporkan mengenai kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital selepas terambil bahan larangan itu dalam kereta milik saudaranya.

Susulan itu, seorang buruh berusia 30 tahun yang juga merupakan saudara mangsa telah ditahan bagi membantu siasatan.

Suspek turut memiliki tiga rekod jenayah lampau yang bersabit dengan dadah direman sehingga 26 Jun ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.