“Gugur Air Mata Jantan” – Lelaki Sebak Lihat Pasangan OKU Penglihatan Bawa Bayi Naik LRT [Video]
Difahamkan, pasangan OKU penglihatan itu bersama anaknya sedang dalam perjalanan untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakan mereka.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap manusia pasti pernah terlintas perasaan cemburu atau mengeluh apabila melihat kehidupan individu-individu yang jauh lebih kaya dan berjaya.
Kebanyakan orang akan sedar untuk bersyukur dengan apa yang dimiliki meskipun secara sederhana selepas melihat kehidupan mereka yang jauh lebih susah.
Maka Allah SWT boleh hadirkan sesiapa sahaja di hadapan mata kita sebagai pengajaran agar kita lebih bersyukur dan menghargai kehidupan ini.
Tular lelaki sebak lihat pasangan OKU penglihatan bawa anak naik tren
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang lelaki yang ingin menaiki LRT berasa sebak selepas melihat satu pasangan suami isteri OKU penglihatan bersama seorang anak kecil sedang menunggu tren.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @lookiy7, pasangan cacat penglihatan bersama anaknya itu sedang menunggu ketibaan monorel di stesen LRT Hang Tuah, Kuala Lumpur.
Pasangan cacat penglihatan bersama anak dalam perjalanan berbuka puasa
Menurutnya, keluarga kecil itu sedang dalam perjalanan ke stesen LRT Tun Sambathan untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakan mereka.
“Gugur air mata jantan aku, Allah hadirkan satu pengajaran buat aku. Lihat sosok suami isteri yang OKU penglihatan naik LRT nak ke Tun Sambathan untuk berbuka puasa dengan kawan katanya.
“Tapi bayi itu sempurna, semoga besar nanti jadi pelindung untuk ibu bapanya, jadi bijak dan soleh. Bahagia yang kita cari ikut cara kita,” katanya.
Dalam video terbabit, turut kelihatan senyuman yang terukir di wajah suami isteri itu sambil mengusap-usap rambut anak mereka.
Menurut lelaki itu lagi, dia menjumpai pasangan berkenaan semasa dalam perjalanan ke Masjid Sultan Abdullah yang berada berdekatan Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur.
Netizen sebak dan simpati melihat pasangan cacat penglihatan itu
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berasa sebak dan simpati melihatan pasangan OKU penglihatan bersama anaknya itu.
Malah mereka turut menitipkan doa buat bayi berkenaan agar membesar menjadi anak yang baik dan mampu menjaga kedua-dua orang tuanya kelak.