fbpx
Now Reading
AirAsia Tawar Diskaun Tiket 50% Untuk Untuk Penumpang MYAirline Yang Terjejas

AirAsia Tawar Diskaun Tiket 50% Untuk Untuk Penumpang MYAirline Yang Terjejas

Menurut AirAsia diskaun istimewa sebanyak 50% eksklusif kepada penumpang MYAirline, berkuat kuasa serta merta dari hari ini (12 Oktober) sehingga 30 November 2023.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Susulan pengumuman mengejut oleh syarikat penerbangan MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) berkaitan penggantungan operasi mereka bermula hari ini (12 Oktober), ramai penumpang meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan tersebut.

Ini kerana tiada notis awal diberikan kepada penumpang yang telah menempah tiket penerbangan tambang murah menerusi syarikat terbabit.

Malah, ada penumpang yang sudah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak jam 4:00 pagi tadi sebelum mendapat tahu tentang berita melibatkan penggantungan operasi MYAirline.

Artikel Berkaitan: “Tunggu Dari 4 Pagi” – MYAirline Gantung Operasi Penerbangan Secara Mengejut Buat Penumpang Berang

AirAsia Hulur Bantuan Kepada Penumpang MYAirline Yang Terjejas

Terbaharu, sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah tempatan, AirAsia mengumumkan bahawa mereka sedia untuk membantu para penumpang MYAirline yang mengalami gangguan dalam perjalanan mereka.

Susulan itu, AirAsia menawarkan diskaun istimewa sebanyak 50% eksklusif kepada penumpang MYAirline, berkuat kuasa serta merta dari hari ini (12 Oktober) sehingga 30 November 2023.

Tawaran ini diberikan kepada penumpang MYAirline yang mempunyai pengesahan tempahan untuk pergi dan balik dari beberapa lokasi seperti:

  • Kuala Lumpur
  • Langkawi
  • Pulau Pinang
  • Tawau
  • Kota Bharu
  • Kuching
  • Kota Kinabalu
  • Kota Kinabalu-Tawau
  • Don Mueng-Bangkok
  • Suvarnabhumi-Bangkok

Kepada penumpang yang mahu menebus tawaran ini, anda boleh menunjukkan tempahan penerbangan di Kaunter Jualan AirAsia di lokasi berikut:

  • KL Sentral, Kuala Lumpur
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Terminal 2), Sepang
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi,
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
  • Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueng, Bangkok
  • Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok
Sumber: MalayMail

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group Limited iaitu Bo Lingam turut mempelawa kakitangan MYAirline untuk menyertai ‘Allstars Family’ di bawah syarikat AirAsia susulan penggantungan operasi MYAirline.

Kami berbesar hati untuk mempertimbangkan pengambilan individu berkelayakan daripada MYAirline yang berkongsi minat dalam industri sama dan bersedia untuk menyumbang kemahiran serta kepakaran mereka kepada pasukan AirAsia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group Limited iaitu Bo Lingam .

Apa Sebenarnya Yang Berlaku Kepada Syarikat MYAirline?

Menerusi kenyataan media, MYAirline terpaksa menggantung operasi mereka atas faktor masalah kewangan selain menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan penjanaan semula modal syarikat itu.

Pada Sabtu lalu (7 Oktober), Ketua Pegawai Eksekutif MYAirline iaitu Rayner Teo telah meletak jawatan atas sebab kesihatan.

Susulan kenyataan penggantungan operasi yang dikeluarkan oleh MYAirline, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) telah menyediakan talian dan saluran khusus untuk membantu pengguna terjejas oleh berita mengejut itu.

MAVCOM menggesa pengguna yang telah membuat tempahan dengan MYAirline untuk penerbangan pada 12 Oktober 2023 dan seterusnya untuk menghubungi saluran aduan khusus syarikat penerbangan itu.

Berikut adalah saluran khusus oleh MAVCOM bagi membantu pelanggan terjejas membuat aduan. Antaranya:

  • Talian pengguna: +1800-18-6966 (Dalam Malaysia) atau +603-7651 2777 (Di Luar Malaysia)
  • E-mel: consumer@mavcom.my
  • Borang web aduan FlySmart: https://flysmart.my/make-a-complaint/
  • Aplikasi mudah alih FlySmart dari Google Play dan Apple App store untuk pengguna Android dan iOS.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.