fbpx

Selepas 115 Tahun Tak Bertukar, Pengakap Malaysia Bakal Perkenal ‘Uniform’ Baharu [Video]

Menurut Naib Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara, majlis perasmian seragam baharu itu bakal dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 Disember depan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap badan beruniform di Malaysia pasti akan menukar warna, bentuk atau corak pakaian seragamnya dalam jangka waktu sesuatu tempoh agar tidak kelihatan lapuk dan mengikut peredaran zaman.

Pun begitu, Persatuan Pengakap Malaysia (PPM) merupakan antara badan berunifom yang tidak pernah menukar seragamnya secara penuh sejak ia mula ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1908.

Pengakap akan perkenal seragam baharu selepas 115 tahun penubuhan

Namun akhirnya, pesatuan badan bukan kerajaan itu akan memperkenalkan pakaian seragam baharu selepas 115 tahun penubuhan.

Naib Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara, Datuk Zamani Tambichek berkata, pakaian seragam baharu itu akan diperkenalkan mulai tahun depan untuk digunakan oleh 600,000 ahli PPM.

Seragam baharu lebih menarik dan efektif

Menurut Zamani, pakaian seragam itu lebih menarik dan efektif dengan reka bentuk baharu termasuk warnanya.

Keputusan menukar pakaian seragam mengambil tempoh selama sebilan bulan sebelum diluluskan di peringkat tertinggi persatuan itu, ujarnya.

Kata Zamani, majlis perasmian seragam baharu itu bakal dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 Disember depan.

“Idea ini timbul kerana kita merujuk kepada pasukan beruniform seperti tentera, polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang sudah bertukar pakaian seragam sebanyak tiga kali.

“Tetapi pengakap usia penubuhannya sudah mencecah 115 tahun, sekalipun kita tidak pernah tukar uniform dan kali ini atas persetujuan semua pihak buat pertama kalinya, seluruh ahli menggunakannya Januari tahun depan,” katanya dipetik Kosmo.

Menurutnya lagi, pakaian pengakap yang lama hanya ditukarkan daripada seluar pendek ke seluar panjang.

Skaf juga akan ditukar warna, tak nak sama dengan pengakap di UK

Jelasnya, skaf digunakan ketika ini juga akan ditukarkan warna kerana ia serupa dengan yang dipakai pengakap di United Kingdom (UK).

Susulan itu, PPM akan memberi kelonggaran selama setahun kepada semua ahli untuk menggantikan pakaian seragam lama kepada yang baharu, kata Zamani.

Dalam pada itu, beliau berkata Majlis Jota-joti Kebangsaan yang diadakan setiap tahun akan diteruskan seperti biasa kerana ia menjadi platform kepada ahli untuk membentuk sahsiah dan jati diri.

“Itu adalah selaras dengan visi PPM untuk menjadi pertubuhan pendidikan golongan muda terunggul, moden, berdikari yang akan melatih golongan muda negara menjadi warganegara aktif,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.