fbpx
Now Reading
Pelajar Di Batu Pahat Maut Selepas Langgar Lori Buat Pusingan U

Pelajar Di Batu Pahat Maut Selepas Langgar Lori Buat Pusingan U

Menurut PDRM, pelajar itu ketika kemalangan berlaku dipercayai sedang dalam perjalanan untuk ke sekolah dari rumah di Parit Sulong.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki merempuh sebuah lori yang membuat pusingan U di Kilometer 13.5 Jalan Batu Pahat – Kluang.

Menerusi video dashcam tersebut, awalnya kelihatan sebuah motosikal berada di laluan sebelah kiri dan tidak lama selepas itu datang sebuah lori dari arah bertentangan yang kemudiannya membuat pusingan U.

Tindakan mengejut lori berkenaan menyebabkan penunggang motosikal itu gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh bahagian tepi lori sebelum berlakunya satu letupan kecil di bahu jalan.

Pelajar sekolah menengah meninggal dunia lepas langgar lori buat pusingan U

Terbaharu, penunggang motosikal yang merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah dalam insiden yang berlaku pada 7.20 pagi itu mangsa yang dikenali sebagai Shahrunizam Mohd Shamsul, 17, dipercayai dalam perjalanan ke sekolah dari rumahnya yang terletak di Parit Sulong.

Manakala pemandu lori berkenaan berumur 33 tahun.

Penunggang motosikal langgar tangki minyak dan menyebabkan berlaku letupan

“Melalui siasatan awal, mangsa hilang kawalan terhadap motosikal ditunggangnya selepas melihat lori berkenaan membuat pusingan U sebelum melanggar bahagian tangki minyak dan berlaku satu letupan.

“Akibat daripada kejadian itu, mangsa cedera parah di kepala serta badan dan disahkankan meninggal di lokasi kejadian sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk proses bedah siasat,” ujarnya, dipetik Kosmo.

Dalam insiden tersebut, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederan dan telah ditahan di bawah Seskyen 117 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) dan permohonan tahanan reman untuk menjalankan siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Saksi awam yang mempunyai maklumat tentang kejadian ini diharapkan tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.