fbpx
Now Reading
TikTok Nafi Terdapat Sekatan Terhadap Kandungan Pro Palestin Di Negara Ini

TikTok Nafi Terdapat Sekatan Terhadap Kandungan Pro Palestin Di Negara Ini

Semalam (26 Oktober), Menteri KKD iaitu Fahmi Fadzil mendedahkan terdapat bukti yang menunjukkan platform TikTok menurunkan kandungan berkaitan konflik antara Palestin-Israel di negara ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui dunia kini sedang prihatin dengan peperangan yang berlaku di antara Palestin dan Israel.

Malah masyarakat seluruh negara yang tidak sanggup melihat penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin apabila ramai yang tercedera serta terkorban disebabkan peperangan itu.

Bukan hanya itu, hampir setiap hari ada sahaja penderitaan mereka dilaporkan di dada-dada akhbar termasuklah media sosial.

Ada yang dakwa kandungan mengenai isu Palestin disekat daripada TikTok

Oleh itu, ramai yang mula menunjukkan sokongan mereka melalui pelbagai cara antaranya memuat naik kandungan kekejaman zionis di media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan juga TikTok.

Namun baru-baru ini, terdapat pengguna yang mendakwa hantaran mereka mengenai sokongan kepada Palestin telah disekat di beberapa platform antaranya adalah TikTok.

TikTok tampil nafi dakwaan sekat kandungan yang pro Palestin

Ekoran daripada isu itu, TikTok telah tampil menafikan dakwaan bahawa pihaknya menyekat kandungan berkenaan di Malaysia.

Memetik laporan BuletinTV3, jurucakap TikTok menerusi e-mel kepada Reuters pada hari ini (27 Oktober) menjelaskan pihaknya bersederhana menentukan kandungan berita.

“Dakwaan ini tidak berasas. Garis panduan komuniti kami berpengang kepada kesaksamaan kepada semua kandungan TikTok, dan kami komited untuk sentiasa melaksanakan dasar bagi melindungi semua komuniti,” ujarnya.

Fahmi Fadzil dedah ada bukti TikTok turunkan kandungan berkaitan konflik Palestin dan Israel

Pada 26 Oktober, Menteri Komunikasi dan Digital iaitu Fahmi Fadzil mendedahkan ada bukti yang menunjukkan platform berkenaan secara sistematik telah bertindak menurunkan kandungan yang berkaitan dengan konflik Palestin dan Israel dari negara ini.

Menurut beliau, tindakan itu terbukti selepas ramai pengguna TikTok membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tentang kandungan serta siaran langsung (LIVE) yang dimuat naik telah diturunkan

Malah Fahmi turut mengarahkan MCMC untuk melakukan teguran keras terhadap TikTok serta Meta mengenai perkara tersebut.

Meta yang memberi balasan kepada perkara itu memaklumkan dakwaan terbabit ‘tidak benar’ dan pihaknya tidak menghalang hak bersuara di Facebook miliknya.

@buletintv3

Ada Bukti Kandungan Konflik Palestin-Israel Diturunkan – Fahmi #beritaditiktok #buletintv3 #Tiktok #Palestin

♬ original sound – BuletinTV3 – BuletinTV3
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.