fbpx
Now Reading
Budak 12 Tahun Sambut Hari Jadi Dibelasahi Oleh Bapa Kandung Di Kedah

Budak 12 Tahun Sambut Hari Jadi Dibelasahi Oleh Bapa Kandung Di Kedah

Menurut Ketua Polis Daerah Gerik, bapa kepada kanak-kanak terbabit telah ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Malang menimpa nasib seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun di Kedah apabila mengalami kecederaan tisu lembut akibat dipukul di bahagian belakang badan oleh bapa kandungnya sendiri.

Lebih menyayat hati, kejadian yang berlaku di Kampung Perah pada semalam itu (29 Oktober) terjadi ketika kanak-kanak terbabit sedang menyambut hari jadinya.

Gambar sekadar hiasan (Foto: Pexels)

Laporan polis mengenai kejadian dibuat oleh ibu saudara mangsa

Menurut Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood, maklumat kejadian itu diterima selepas laporan polis dibuat oleh ibu saudara mangsa pada jam 5.50 petang.

“Kejadian sekitar pukul 5 petang itu berlaku selepas suspek berusia 37 tahun datang dan masuk ke rumah pengadu lalu menumbuk dan menendang anak lelakinya di bahagian belakang badan.

“Suspek juga bertindak agresif apabila melibas parang yang ada di tangannya hingga hampir terkena mangsa,” katanya dipetik Kosmo.

Menurutnya lagi, kanak-kanak itu telah dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Gerik untuk rawatan dan pemeriksaan sebelum mendapati mangsa mengalami kecederaan tisu lembut pada bahagian belakang badan dan paha.

Bapa mangsa telah ditahan untuk siasatan lanjut

Susulan kejadian itu, Zulkifli berkata bapa kepada mangsa telah ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Berdasarkan siasatan, kanak-kanak itu dibawa ibu saudaranya yang berusia 35 tahun ke rumah wanita itu semalam pada pukul 6 petang untuk menyambut hari lahir mangsa.

“Kanak-kanak itu bermalam di rumah ibu saudaranya dan akan dihantar pulang pada hari ini.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif suspek memukul anaknya hingga mengakibatkan kecederaan,” katanya lagi.

Akta mencederakan kanak-kanak

Memetik sumber Berita Harian, pengamal undang-undang Fahmi Abd Moin berkata Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 menggariskan kesalahan membabitkan penganiayaan, pengabaian dan pendedahan kanak-kanak kepada perkara yang membahayakan keselamatan dirinya.

Akta berkenaan menjelaskan mana-mana individu, ibu bapa atau penjaga yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya.

“Mereka yang mempunyai pemeliharaan seorang kanak-kanak dan kemudian mendedahkannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi, boleh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” jelas Fahmi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.