Konflik di antara Palestin dan Israel masih lagi berlarutan sehingga hari ini apabila rejim Zionis tanpa henti terus menyerang Gaza dengan serangan bom udara sehingga meragut ribuan nyawa masyarakat Palestin.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Empat Hospital Di Gaza Lumpuh, Pesara Sektor Perubatan Diminta Kembali Bertugas
Terbaharu, kecoh di media sosial apabila tular satu video yang memaparkan sebuah kereta kebal dipercayai milik tentera Israel telah menembak sebuah kenderaan awam milik penduduk Palestin.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok @alhijrahonline, kejadian tersebut dikatakan berjaya dirakam oleh salah seorang wartawan yang berada di lokasi terbabit.
Video tersebut yang sohor di media sosial telah meraih perhatian dunia sekaligus meminta agar gencatan senjata dilakukan serta-merta agar penduduk awam di Gaza dapat diselamatkan.
Menurut NBC News, jurugambar bebas yang dikenali sebagai Bashar Talib berkata dia ketika kejadian sedang dalam sebuah kenderaan berhampiran di jalan Salah Al Deen, Semenanjung Gaza ketika kenderaan tersebut ditembak.
Kata Bashar, pemandu kereta berwarna putih itu hanya menyedari kewujudan ‘tank’ berkenaan setelah berada berdekataannya sebelum cuba berpatah balik namun tidak sempat kerana ditembak.
Jelasnya lagi, video tersebut diambil oleh rakan sekerjanya yang juga seorang wartawan tempatan iaitu Youssef Al-Saifi.
Selepas melihat kejadian terbabit, kenderaan yang dinaiki oleh Bashar dan Youssef telah dipandu dengan pantas untuk meninggalkan tempat terbabit sambil menjerit ‘orang itu mati, satu keluarga’.
Tentera Pertahanan Israel (IDF) yang ditanya mengenai insiden tersebut enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu kedudukan pasukannya di Gaza diketahui.
Bagaimanapun, Major IDF Nir Dinar dalam satu kenyataan kepada Wall Street Journal berkata pejuang Hamas menggunakan infrastruktur awam seperti kereta kerana mereka tidak mempunyai tank atau jip tentera.
Terdahulu, media melaporkan bahawa tentera Israel akan ‘meluaskan’ pencerobohan ke atas Semenanjung Gaza dengan melakukan serangan darat.
Pun begitu, serangan darat yang dilakukan oleh tentera Israel tidaklah begitu mudah apabila ada kereta kebal milik mereka dikatakan berjaya ditembak oleh pejuang Hamas.
BACA ARTIKEL BERKAITAN:
Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…
Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…
Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…
Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…
Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.
Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…