fbpx
Now Reading
Kereta Kebal Tentera Israel Tembak Kenderaan Orang Awam Di Gaza Yang Sedang Berpatah Balik [Video]

Kereta Kebal Tentera Israel Tembak Kenderaan Orang Awam Di Gaza Yang Sedang Berpatah Balik [Video]

Tentera Pertahanan Israel (IDF) yang ditanya mengenai insiden tersebut enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu kedudukan pasukannya di Gaza diketahui.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Konflik di antara Palestin dan Israel masih lagi berlarutan sehingga hari ini apabila rejim Zionis tanpa henti terus menyerang Gaza dengan serangan bom udara sehingga meragut ribuan nyawa masyarakat Palestin.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Empat Hospital Di Gaza Lumpuh, Pesara Sektor Perubatan Diminta Kembali Bertugas

Tular video kereta orang awam di Gaza dibedil tank tentera Israel

Terbaharu, kecoh di media sosial apabila tular satu video yang memaparkan sebuah kereta kebal dipercayai milik tentera Israel telah menembak sebuah kenderaan awam milik penduduk Palestin.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok @alhijrahonline, kejadian tersebut dikatakan berjaya dirakam oleh salah seorang wartawan yang berada di lokasi terbabit.

Video tersebut yang sohor di media sosial telah meraih perhatian dunia sekaligus meminta agar gencatan senjata dilakukan serta-merta agar penduduk awam di Gaza dapat diselamatkan.

Kejadian berlaku di jalan Salah Al Deen, Semenanjung Gaza

Menurut NBC News, jurugambar bebas yang dikenali sebagai Bashar Talib berkata dia ketika kejadian sedang dalam sebuah kenderaan berhampiran di jalan Salah Al Deen, Semenanjung Gaza ketika kenderaan tersebut ditembak.

Kata Bashar, pemandu kereta berwarna putih itu hanya menyedari kewujudan ‘tank’ berkenaan setelah berada berdekataannya sebelum cuba berpatah balik namun tidak sempat kerana ditembak.

Jelasnya lagi, video tersebut diambil oleh rakan sekerjanya yang juga seorang wartawan tempatan iaitu Youssef Al-Saifi.

Selepas melihat kejadian terbabit, kenderaan yang dinaiki oleh Bashar dan Youssef telah dipandu dengan pantas untuk meninggalkan tempat terbabit sambil menjerit ‘orang itu mati, satu keluarga’.

@alhijrahonline

Wartawan berjaya merakam kejadian kereta kebal zionis Israel yang menembak sebuah kereta yang dipandu orang awam, di Jalan Salah Eddin berhampiran persimpangan Netzarim. #beritaalhijrah #beritaditiktok #beritatiktok #beritaalhijrah114 #trendingnewsmalaysia #fyp #fypシ #iloveisrael #visitisrael #israel🇮🇱

♬ original sound – AlHijrah Online – AlHijrah Online

IDF enggan ulas kedudukan tenteranya, dakwa Hamas guna infrastruktur awam seperti kereta

Tentera Pertahanan Israel (IDF) yang ditanya mengenai insiden tersebut enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu kedudukan pasukannya di Gaza diketahui.

Bagaimanapun, Major IDF Nir Dinar dalam satu kenyataan kepada Wall Street Journal berkata pejuang Hamas menggunakan infrastruktur awam seperti kereta kerana mereka tidak mempunyai tank atau jip tentera.

Tentera Israel luaskan lagi pencerobohan ke Gaza melalui serangan darat

Terdahulu, media melaporkan bahawa tentera Israel akan ‘meluaskan’ pencerobohan ke atas Semenanjung Gaza dengan melakukan serangan darat.

Pun begitu, serangan darat yang dilakukan oleh tentera Israel tidaklah begitu mudah apabila ada kereta kebal milik mereka dikatakan berjaya ditembak oleh pejuang Hamas.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.