fbpx
Now Reading
“Tembak Wahai Hamba Allah, Jangan Takut” – Pejuang Hamas Dengar Suara Misteri, Arah Bedil Kereta Kebal Israel [Video]

“Tembak Wahai Hamba Allah, Jangan Takut” – Pejuang Hamas Dengar Suara Misteri, Arah Bedil Kereta Kebal Israel [Video]

Suara misteri tersebut menyebabkan dia menoleh ke belakang sebelum ternampak sosok tubuh yang sangat putih.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Konflik di antara Palestin dan Israel masih lagi berlarutan sehingga hari ini apabila rejim Zionis tanpa henti terus menyerang Gaza dengan serangan bom udara sehingga meragut ribuan nyawa masyarakat Palestin.

Tidak hanya itu, tentera Israel juga ‘meluaskan’ pencerobohan ke atas Semenanjung Gaza dengan melakukan serangan darat.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Empat Hospital Di Gaza Lumpuh, Pesara Sektor Perubatan Diminta Kembali Bertugas

Pun begitu, serangan darat yang dilakukan oleh tentera Israel tidaklah begitu mudah apabila ada kereta kebal milik mereka dikatakan telah ditembak oleh pejuang Hamas.

Tular rakaman suara pejuang Hamas cerita semasa peperangan

Terbaharu, tular pula rakaman suara yang didakwa oleh seorang mujahidin yang menceritakan keadaan dilaluinya ketika operasi menentang Zionis.

Menerusi perkongsian video suara di akaun Twitter @numanmazlan, mujahidin terbabit berkata dia mendengar suara dari arah belakang yang menyuruhnya melepaskan tembakan pada kereta kebal tentera Israel.

Menurut lelaki terbabit, kejadian tersebut berlaku semasa dia sedang mengisi peluru PRG (Rocket-propelled grenade) untuk meletupkan kereta kebal Israel.

Bagaimanapun, suasana perang pada ketika itu menyebabkan dia berasa sedikit gentar untuk melepaskan tembakan tersebut.

Mujahidin dengar suara misteri di belakang, arah untuk melepaskan tembakan

Namun, secara tiba-tiba dia mendengar satu suara dari arah belakangnya yang berkata ‘tembak wahai hamba Allah dan jangan takut’.

Suara misteri tersebut menyebabkan dia menoleh ke belakang sebelum ternampak sosok tubuh yang sangat putih.

“Aku tak pernah tengok pun pemandangan sebegitu sebelum ini. Lalu aku terus tembak dan betul sasaranku mengena, kereta kebal itu meletup berkecai.

“Maka benarlah firman Allah ‘ketika kamu memohon pertolongan Tuhanmu, lalu dia perkenankan, sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut’,” katanya.

Untuk info, petikan firman Allah SWT itu diambil dari surah Al-Anfal ayat 9. Maka benarlah tiada apa yang mustahil dengan kuasa Allah…

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.