fbpx
Now Reading
Apa Hukum Kerja Di Syarikat Berkait Israel? Ini Penjelasan Mufti Pulau Pinang

Apa Hukum Kerja Di Syarikat Berkait Israel? Ini Penjelasan Mufti Pulau Pinang

Walau bagaimapun jelas Wan Salim, terdapat banyak peluang pekerjaan di negara ini tetapi seseorang perlulah rajin untuk mencarinya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui peperangan yang berlaku di antara Palestin dan Israel telah menjadi perhatian seluruh dunia.

Sebagai tanda sokongan kepada Palestin ramai yang menggunakan platform media sosial untuk menyuarakan kekajaman Israel.

Mufti Pulau Pinang nasihat untuk tunjuk simpati dengan boikot syarikat atau produk bagi sokongan pada Israel

Malah Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor turut menyarankan masyarakat yang beragama Islam untuk mempamerkan simpati serta sikap setiakawan bagi derita yang dilalui oleh rakyat di Palestin.

Contohnya adalah dengan memboikot syarikat atau produk yang memberi sokongan atau membantu Israel.

Ramai terkorban disebabkan kekejaman rejim Zionis

Menurutnya, rakyat di negara timur tengah itu telah diserang dengan rejim Zionis yang menjadikan masyarakat awam tak bersenjata sebagai sasaran mereka sehingga ramai terkorban.

“Ribuan rakyat Palestin terkorban dan menjadi mangsa kekejaman penjajah Israel.

“Apakah rakyat Malaysia tidak mahu menunjukkan sedikit rasa simpati terhadap penderitaan dialami mereka akibat kekejaman dan kezaliman musuh yang tidak berperi kemanusiaan ini dengan melakukan sedikit pengorbanan?

“Cuba bayangkan bagaimana perasaan kita jika terpaksa menghadapi ujian dan musibah seperti mana yang menimpa rakyat berkenaan?” jelasnya kepada Berita Harian.

Tindakan boikot turut beri kesan kepada pendapatan pekerja

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas kempen boikot produk serta syarikat yang mempunyai kaitan atau terlibat dengan Israel.

Malah tindakan itu juga memberi kesan kepada pendapatan pekerja di negara ini.

Hukum individu bekerja dengan syarikat berkait Israel adalah darurat jika hanya itu sumber pendapatan

Jelasnya lagi, jika tiada pekerjaan lain dan hanya syarikat tersebut yang menjadi sumber kewangan, maka seseorang individu yang beragama Islam itu boleh bekerja disitu atas hukum darurat.

Walau bagaimanapun, dia turut menyatakan di negara ini terdapat banyak peluang pekerjaan yang mana seseorang itu hanya perlu rajin untuk mencari kerja lain.

“Dengan memboikot produk syarikat berkenaan sekurang-kurangnya dapat memberi kesedaran kepada pemilik syarikat itu bahawa rakyat Malaysia adalah pecinta keamanan dan kedamaian.

“Rakyat negara ini juga membenci kekejaman, tidak kira pihak mana pun melakukannya.

“Semoga Allah SWT menambahkan rezeki-Nya kepada rakyat serta mengurniakan keselamatan dan keamanan berkekalan kepada negara,” ujarnya lagi.

Wan Salim jelaskan McDonald’s Malaysia tak termasuk dalam syarikat perlu diboikot

Sebelum ini, media ada melaporkan nasib sekitar 21,000 pekerja di McDonald’s Malaysia yang tidak menentu selepas wujud kempen boikot dijalankan ke atas restoran berkenaan apabila ada yang mendakwa jenama itu terlibat dalam penyaluran wang kepada Israel.

Namun Wan Salim menjelaskan McDonald’s Malaysia tidak termasuk dalam senarai syarikat yang perlu diboikot. Malah pihak pengurusan restoran makanan segera itu juga telah menegaskan mereka tidak memberi sebarang sumbangan kepada Israel.

Pihak berkenaan turut mengeluarkan zakat melalui pejabat urus zakat di beberapa negeri di Malaysia.

“Apapun tindakan boikot mestilah berdasarkan bukti yang jelas dan meyakinkan bukan sekadar sangkaan atau andaian semata-mata.

“Dalam membela pihak yang teraniaya jangan pula sampai menganiaya pihak yang lain jadi, sebagai umat Islam kita hendaklah menegakkan keadilan walaupun terhadap orang bukan Islam sebab nilai keadilan yang diperintahkan agama Islam supaya ditegakkan adalah bersifat sejagat, bukan kepada masyarakat Islam sahaja.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.