Lantang Bersuara Isu Palestin, Tidak Bermakna Masalah Negara Tidak Diendahkan – PM

Walaupun telah sebulan lebih berlalu, konflik di antara Palestin dan Israel masih lagi berterusan hingga kini. Ia nyata menjadi perhatian masyarakat dunia baik golongan biasa mahupun pemimpin dari seluruh negara.

Ini kerana kekejaman Rejim Zionis telah menyebabkan puluhan ribu nyawa rakyat Palestin yang tidak bersalah terkorban.

Pelbagai cara digunakan oleh masyarakat dari pelbagai latar belakang berbeza sebagai tanda sokongan terhadap rakyat Palestin.

Malah, terdapat pemimpin dari pelbagai negara turut lantang bersuara melalui platform khusus sebagai langkah untuk menghentikan kekejaman Rejim Zionis.

Lantang Bersuara Isu Palestin, Tidak Semestinya Masalah Negara Tidak Diendahkan

Mengulas lebih lanjut berhubung kelantangan menyuarakan isu Palestin, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa kehadiran beliau ke persidangan-persidangan antarabangsa dan membangkitkan isu Palestin tidak bermakna masalah negara terutama dalam kalangan minoriti tidak diendahkan.

Menurut Anwar, selain memenuhi undangan pemimpin antarabangsa, beliau melihat persidangan tersebut sebagai satu peluang untuk membangkitkan isu-isu yang bersifat kemanusiaan dan bukan hanya bersifat agama semata-mata.

“Tidak ada minoriti kita yang dibunuh beramai-ramai, tidak ada kemusnahan gereja dan kuil-kuil, jadi sementara ada pihak kurang setuju dengan langkah kita menyokong Palestin, saya tidak fikir wajar, munasabah dan waras untuk dibangkitkan soal kebencian ini.

“Ini bukan sahaja isu agama Islam, kerana penduduk Kristian juga terlibat, walaupun kebanyakan masjid dirobohkan, tujuh gereja turut dimusnahkan sama sekali di Gaza, (jadi) saya tegaskan keperluan kita melihat isu ini,” kata beliau.

Beliau menjelaskan perkara itu ketika menjawab soalan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) yang mahu mengetahui hasil mesyuarat Persidangan Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Arab Saudi mengenai jenayah dan pembasmian kaum (genocide) yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin.

Bersuara Mengenai Isu Palestin di OIC & APEC

Dalam persidangan tersebut, Anwar menggesa negara anggota OIC untuk mendesak pelaksanaan gencatan senjata secara serta merta dan bantuan kepada penduduk Gaza dapat disegerakan.

Malah, beliau turut membangkitkan isu Palestin dalam Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan mahu kekejaman dan pembunuhan di Gaza segera dihentikan.

Beliau turut menyuarakan pendirian Malaysia yang tidak mahu mana-mana pihak atau kuasa dunia untuk menentukan pendirian negara dalam isu terbabit di platform APEC yang dihadirinya bagi memenuhi undangan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.

“Jangan lagi orang barat anggap ini sebagai hegemoni kolonial, menentukan dasar dan bentuk tindakan kita, mereka tidak boleh paksa kita tentukan pendirian kita.

“Di situlah saya nyatakan agak tegas dan saya kata mesti sekurang-kurangnya mula menghentikan serangan sekarang, kerana saya sebut satu hari tambahan (perang) bermakna masih ada anak-anak, wanita dan orang awam dijadikan mangsa korban,” kata beliau.

Baca Artikel Berkaitan: PM Anwar Akan Hadiri APEC Di San Francisco Meskipun Ada Desakan Boikot

Baca Artikel Berkaitan: Anwar & Zahid Ketuai 102 Individu Di Malaysia Tanda Tangan Surat Sokongan Agar PBB Hentikan Keganasan Israel

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Terima 3 Notis Dari AS Kerana Enggan Label Hamas Pengganas, Kata PM Anwar

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

1 day ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago