fbpx
Now Reading
Anwar & Zahid Ketuai 102 Individu Di Malaysia Tanda Tangan Surat Sokongan Agar PBB Hentikan Keganasan Israel

Anwar & Zahid Ketuai 102 Individu Di Malaysia Tanda Tangan Surat Sokongan Agar PBB Hentikan Keganasan Israel

IHRC selaku penulis surat telah mendakwa bahawa PBB hanya menjadi penonton kejahatan perang ketika Israel terus mengebom wilayah Palestin yang padat dengan penduduk.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

300 individu terkemuka termasuk ahli politik dan tokoh agama dari seluruh dunia telah menandatangani surat sokongan agar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggunakan kuasanya bagi mengakhiri penindasan yang dilalui oleh penduduk Gaza angkara kekejaman tentera Israel.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri I, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi antara 102 individu di Malaysia yang menandatangani surat sokongan itu.

IHRC dakwa PBB hanya jadi penonton terhadap kekejaman rejim Zionis

Islamic Human Rights Commission (IHRC) selaku penulis surat telah mendakwa bahawa PBB hanya menjadi penonton kejahatan perang Israel yang terus mengebom wilayah Palestin yang padat dengan penduduk.

Sehingga kini, lebih daripada 5,000 orang telah terbunuh dengan 70% daripada mereka adalah wanita dan kanak-kanak.

Surat tersebut yang ditujukan kepada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres juga telah ditandatangani oleh bekas Menteri Buruh United Kingdom Clare Short dan ahli akedemik terkemuka Profesor Hamid Algar.

Israel telah melakukan siri kejahatan perang

Dalam surat tersebut, IHRC menyatakan bahawa Israel telah melakukan siri kejahatan perang termasuk memutuskan bekalan elektrik, air dan makanan serta meninggalkan prinsip proporsi dan perbezaan dalam peperangan dengan mengebom pusat-pusat kediaman, hospital, ambulans, gereja, masjid, sekolah dan kawasan membeli-belah.

Surat tersebut juga menyeru agar PBB ‘bangkit untuk mengatasi keperluan masa kini’ dan mengawal Israel dengan melakukan genjatan senjata sementara bagi membolehkan bantuan kemanusiaan dapat dihantar kepada penduduk di Gaza.

“PBB ditubuhkan selepas Perang Dunia kedua dengan tujuan untuk menegakkan undang-undang dunia dan mencegah berulangnya konflik tersebut. Dalam hal ini, berapa lama lagi organisasi ini akan berdiri dan menyaksikan pembunuhan secara besar-besaran yang disengajakan berlaku di depan mata kita,” tulis surat itu.

Selain Anwar dan Zahid, ahli parlimen dari blok kerajaan dan juga pemimpin-pemimpin NGO seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) turut menandatangani surat tersebut.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Peserta Perhimpunan ‘Freedom Of Palestin’ Dakwa Tak Dibenar Laung ‘Allahuakbar’, Ini Penjelasan Dr Musa

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.