fbpx
Now Reading
PM Anwar Akan Hadiri APEC Di San Francisco Meskipun Ada Desakan Boikot

PM Anwar Akan Hadiri APEC Di San Francisco Meskipun Ada Desakan Boikot

Tambah Anwar lagi, sebagai Perdana Menteri, beliau juga perlu menjaga kepentingan Malaysia walaupun tahu keputusannya pasti tidak dapat menyenangkan hati semua pihak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini (7 November) memutuskan beliau akan menghadiri sidang Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di San Francisco, California, Amerika Syarikat (AS) minggu depan.

Meskipun sedar ada desakan yang memintanya untuk memboikot acara tersebut, Anwar memaklumkan beliau perlu menghadirinya demi menjaga hubungan diplomatik, keamanan dan ekonomi.

“Jadi apakah disebabkan negara kita tidak bersetuju dengan isu (Palestin) ini, tidak akan hadir?

“Bagi saya keutamaan juga menjaga hubungan diplomatik dan keamanan walaupun tidak berganjak dari sudut mempertahankan keadilan dan menyokong perjuangan hak rakyat Palestin.

“Maka setakat ini, saya memutuskan untuk hadir pesidangan APEC yang dihadiri oleh semua negara Asia atas undangan Presiden (AS, Joe) Biden ke San Francisco,” katanya dipetik Berita Harian.

Perlu jaga kepentingan Malaysia sebagai PM

Tambah Anwar lagi, sebagai Perdana Menteri, beliau juga perlu menjaga kepentingan Malaysia walaupun tahu keputusannya itu pasti tidak dapat mengembirakan hati semua pihak.

“Tentunya keputusan ini mungkin tidak menyenangkan sebahagian pihak dan kalau ya pun, janganlah menghukum saya sebagai pro Israel (hanya) kerana hadir persidangan ini.

“Sebagai Perdana Menteri, saya kena jaga kepentingan negara ini dan keselamatannya, ekonominya, kesenangannya dan tentu tidak berganjak menyatakan sikap saya (dalam isu Palestin),” katanya.

Beliau dalam masa sama turut meminta semua pihak agar tidak mempolemikkan isu Palestin sebaliknya berusaha mencari cara untuk membantu negara berkenaan.

“Saya lihat kadang-kadang polemik parti dan golongan ekstrem agak melampau, sudahlah, dalam isu Gaza ini, kita berpakatlah bersama, orang dibunuh, anak-anak kecil mati, fikirlah bersama bagaimana nak membantu.

“(Ini) nak cari political score and point (mata politik) , its sickening (menjengkelkan), nak kecam orang itu, (kata) orang itu tak bagus, saya sahaja bagus dan itu keadaan politik sudah hampir menyesatkan sehingga hilang pertimbangan,” katanya.

Terdahulu semalam (6 November) Anwar memaklumkan akan memuktamadkan keputusan kerajaan sama ada akan menyertai APEC 2023 ke­rana ketika ini Malaysia sedang berkoordinasi dengan beberapa negara lain yang turut sama terlibat menyertai forum itu.

Ianya selepas timbul gesaan dari beberapa pihak antaranya Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal yang meminta Anwar berbuat demikian sebagai tanda protes Malaysia terhadap pendirian AS sekiranya konflik di Gaza tidak dihentikan.

Selain itu beberapa badan bukan kerajaan (NGO) turut menyeru Anwar berbuat perkara sama sebagai tanda solidariti dengan warga Palestin.

Kumpulan 27 Ngo terbabit yang terdiri dari BDS Malaysia, ABIM, MyAqsa Defenders dan banyak lagi turut menyifatkan boikot ini sebagai salah satu cara untuk memberi tekanan terhadap Amerika yang kebetulan menjadi tuan rumah bagi APEC kali ini.

Sebagai info, APEC adalah forum ekonomi serantau yang ditubuhkan sejak 1989. Ianya bertujuan untuk membantu semua negara terlibat memanfaatkan saling kebergantungan yang semakin meningkat di Asia-Pasifk.

Bagi edisi tahun ini, ia akan bersidang di San Francisco bermula 11 hingga 17 November ini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.