fbpx
Now Reading
Anwar Ibrahim Paling Layak Jadi Menteri Kewangan – Rafizi [Video]

Anwar Ibrahim Paling Layak Jadi Menteri Kewangan – Rafizi [Video]

Menurut Rafizi, ini perlu bagi memastikan proses perolehan dan tatakelola kementerian itu benar-benar telus selain dapat mengelakkan insiden yang pernah berlaku ketika pentadbiran terdahulu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mengulangi pendiriannnya bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah individu yang paling layak memegang jawatan Menteri Kewangan.

Menurut Rafizi, ini perlu bagi memastikan proses perolehan dan tatakelola kementerian itu benar-benar telus selain dapat mengelakkan insiden yang pernah berlaku ketika pentadbiran terdahulu.

“Sebab itu tokoh paling baik untuk menjadi Menteri Kewangan ialah Perdana Menteri kerana siapa yang ada tanggungjawab paling besar untuk memastikan tatakelola perolehan untuk mengelakkan seperti yang berlaku sebelum ini.

“Kalau contohnya Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz) sekarang menjadi Menteri Kewangan atau YB Kapit (Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi), dari segi kuasa dan pengaruh politiknya, kami dikira ‘junior’.

“Kalau ada cucuk sana, cucuk sini, akhirnya lobinya itu akan tetap pergi kepada Perdana Menteri dan Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) sedia maklum perkara ini dan perkara ini yang berlaku sebelum ini,” katanya di Dewan Rakyat.

Dia berkata demikian sewaktu menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga bekas perdana menteri.

Tugas selesai masalah ekonomi bukan di bahu Menteri Kewangan sahaja

Tambah Rafizi lagi, tugas merungkai pemasalahan ekonomi bukan hanya tugas Menteri Kewangan seorang saja, sebaliknya ia juga adalah tanggungjawab bersama Jemaah Menteri.

Justreru itu, tugas berkenaan diagihkan kepada semua Jemaah Menteri mengikut mandat dan tugas yang ada dalam kementerian masing-masing.

Dalam pada itu, Rafizi turut meminta pembangkang agar tidak menggunakan nama rakyat sekiranya mereka tidak bersetuju dengan usaha kerajaan melaksanakan pemulihan ekonomi negara ketika ini.

“Di mana yang Pagoh kata ekonomi tidak pulih? Semasa Pagoh jadi kerajaan selama 33 bulan, pernahkah ada tiga suku berturut-turut yang ada pertumbuhan ekonomi? Tiada. Tidak pernah ada. Ini kali pertama sejak bertahun lamanya.

“Kadar kemiskinan paling rendah, kenaikan gaji lebih tinggi dari sebelum ini, pertumbuhan ekonomi, momentum baik, inflasi paling rendah jadi di manakah Pagoh kata rakyat tiada keyakinan sedangkan kita lihat sedikit demi sedikit keyakinan itu telah pulih termasuklah dengan kemasukan pelaburan. Kalau Pagoh tidak yakin tidak mengapa tapi jangan guna dan tunggang nama rakyat dan pelabur-pelabur lain,” kata Rafizi lagi.

Terdahulu Rafizi sewaktu dilantik menjadi Menteri Ekonomi berkata pelantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan adalah mengambil kira keadaan luar biasa semasa dan disifatkan sesuai ketika ini.

Ini kerana ekonomi negara pada waktu itu berada dalam situasi mencabar yang turut berkehendakkan Perdana Menteri bagi menjawat jawatan Menteri Kewangan.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.