fbpx
Now Reading
Anwar Jadi Menteri Kewangan Kerana Keadaan Sekarang Luar Biasa, Kata Rafizi [Video]

Anwar Jadi Menteri Kewangan Kerana Keadaan Sekarang Luar Biasa, Kata Rafizi [Video]

Terdahulu tular di media sosial beberapa hantaran lama yang dikongsikan Rafizi yang menegaskan tidak bersetuju ada mana-mana Perdana Menteri yang memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli menyifatkan perlantikan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan adalah bersesuaian dengan keadaan politik semasa.

Mengakui masih masih berpegang kepada pendiriannya yang tidak bersetuju mana-mana Perdana Menteri memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan, Rafizi bagaimanapun merasakan situasi ketika ini yang agak ‘luar biasa’ hingga menyebabkan keputusan itu terpaksa diambil.

Ia berikutan tiada satu gabungan pun yang berjaya mendapat majoriti untuk membentuk kerajaan secara persendirian selain portfolio tersebut dikehendaki setiap gabungan ketika ini.

“Pada pandangan saya, itu satu keputusan yang sangat sukar yang telah diambil kerana bila kita ada gabungan yang masing-masing membentuk kerajaan, sudah tentu setiap komponen mahu jawatan Menteri Kewangan itu berada di pihak mereka.

“Jadi kalau contoh ada orang Pakatan Harapan jadi Menteri Kewangan pun, itu akan ada masalah kepada Barisan Nasional. Kalau Barisan Nasional yang pegang pun (mungkin) ada masalah kepada Pakatan Harapan atau Gabungan Parti Sarawak.

“Tapi kerana keadaan yang luar biasa, maka keputusan itu bagi saya sesuai buat masa sekarang, iaitu senang Perdana Menteri yang jadi Menteri Kewangan.

“Jadi tak timbul isu tentang gabungan berbeza. I hope as we move forward, we can put everything in place,” katanya pada sidang media pertama beliau sebaik masuk pejabat hari ini.

Terdahulu tular di media sosial beberapa hantaran lama yang dikongsikan Rafizi yang menegaskan tidak bersetuju ada mana-mana Perdana Menteri yang memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan.

Sebagai rekod, Anwar Ibrahim merupakan Timbalan Perdana Menteri dari 1993 hingga 1998. Beliau juga memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan dari 1991 sehingga 1998.

Sepanjang memegang portfolio itu, Anwar telah dinobatkan sebagai Menteri Kewangan Terbaik oleh AsiaMoney pada 1996 dan 4 Menteri Kewangan Terbaik oleh Euromoney.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.