fbpx
Now Reading
Terima Panggilan Dari Ketua Hamas, PM Anwar Sokong Buka Koridor Kemanusiaan Di Gaza

Terima Panggilan Dari Ketua Hamas, PM Anwar Sokong Buka Koridor Kemanusiaan Di Gaza

Menurut Anwar, Malaysia akan terus komited untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan terutamanya dalam bentuk makanan dan ubat-ubatan bagi mengurangkan penderitaan yang dialami warga Palestin.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini (17 Oktober) dilaporkan menerima panggilan telefon dari Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook miliknya, Anwar turut menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi Malaysia kepada rakyat Palestin.

Anwar sokong penubuhan koridor kemanusiaan di Rafah, Mesir

Menurut Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun itu, beliau menyokong untuk menubuhkan koridor kemanusiaan di Rafah, Mesir.

“Saya telah berbual melalui telefon dengan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh semalam untuk menyatakan sokongan tegar Malaysia terhadap rakyat Palestin.

“Mengambil kira keadaan terdesak di Gaza, saya dengan tegas menyokong penghentian segera serangan bom dan penubuhan koridor kemanusiaan di Rafah,” katanya.

Israel perlu tolak dasar perampasan kuasa dan lakukan gencatan senjata serta-merta

Menurutnya lagi, Israel juga perlu menolak dasar politik perampasan kuasannya dengan gencatan senjata serta-merta bersama Hamas dan mencari penyelesaian damai secara tulus untuk mengakhiri konflik berterusan ini.

“Adalah penting untuk memberi keutamaan kepada kesejahteraan dan keselamatan semua individu yang terkesan dengan krisis ini,” katanya lagi.

Malaysia tetap komited salur bantuan kepada Palestin

Berkongsi lanjut, Anwar turut menyatakan Malaysia akan terus komited untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan terutamanya dalam bentuk makanan dan ubat-ubatan bagi mengurangkan penderitaan yang dialami warga Palestin.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.